5 Tips Menghadapi Lailatul Qadar: Rebut Pahala Berganda
Dalam melakukan ibadah dalam bulan Ramadan ini, sudah pastinya kita sentiasa ternanti-nanti malam Lailatul Qadar yang jatuh pada 10 malam terakhir.
Adakah malam Lailatul Qadar ini jatuh pada 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan tahun ini? Hanya orang yang berusaha mengimarahkannya sahaja yang akan merasai nikmat beribadat di malam Lailatul Qadar tersebut.
Jangkaan Kemunculan Lailatul Qadar
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili bahawa semenjak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.
Seseorang yang melakukan ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama 83 tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul Qadar juga turut diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Tanda Malam Al-Qadar
Di antara tanda malam Al-Qadar adalah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas. Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
Pada malam itu Malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan sebagai tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Antara langkah yang boleh diamalkan sepanjang 10 malam terakhir adalah seperti berikut:
- Berqiamullail : Bangun di malam hari
Rasulullah SAW bersabda:
”Barangsiapa yang melakukan solat Isyak berjemaah, seolah-olah ia berqiam (bangun malam) di separuh malam. Dan barangsiapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah ia melakukan di sepanjang malam tersebut.”
2. Memperbanyakkan Ibadah
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barang siapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan berbagai amal ibadah secara yakin dan percaya kepada pahala yang disediakan Allah, maka Allah akan mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
Ibadah yang perlu ditingkatkan antara lainnya adalah dengan mengerjakan solat lima waktu berjemaah, Qiamullail, membaca Al Quran, berzikir, istighfar dan berdoa serta mengerjakan amalan lainnya. Ibadah juga hendaknya dilakukan secara khusyuk dan bersungguh-sungguh.
3. Iktikaf di Masjid
Selain dari itu, beriktikaf di masjid juga merupakan cara mendapatkan malam penuh keberkatan itu. Abu Said menceritakan tentang iktikaf Rasulullah di masjid yang ketika itu berlantaikan tanah dan bergenang air.
“Aku melihat pada kening Rasulullah ada bekas lumpur pada pagi hari Ramadan.”
4. Bemujahadah Dalam Ibadah
Untuk mendapatkan keberkatan dan kemulian malam lailatul qadar adalah dengan bermujahadah (bersunguh-sungguh) dalam ibadah kepada Allah SWT. Antara hadis menyatakan:
”Sungguh, Rasul tercinta pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadan, lebih bermujahadah melebihi kesungguhan beliau di waktu lainnya.”
Bermujahadah disini dianalogikan seperti berpuasa tanpa melakukan maksiat, membaca Al-Quran dengan pemahaman, penghayatan dan melakukan ibadat sunat.
5. Berdoa Sepenuh Hati
Berdoa dengan bersungguh-sungguh, yakin penuh harap bahawa Allah akan mengampuni dosa kita dan mengabulkan doa yang kita panjatkan.
“Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu andai aku mendapatkan Lailatul Qadar? Doa apa saja yang harus aku baca?” Tanya Aisyah
Rasulullah SAW bersabda, “Ucapkanlah, Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Mulia, dan Engkau menyukai ampunan. Maka ampunilah aku.”
Dalam riwayat Imam Syafi’i, doa yang sering dipanjatkan oleh Nabi Muhammad pada malam 10 hari terakhir bulan Ramadan bermaksud:
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Doa di atas telah dicadangkan oleh Nabi Muhammad SAW ketika ditanya oleh isterinya Aisyah RA mengenai apa yang harus dikatakan jika mengetahui bahawa malam itu adalah lailatul qadar.