Akihabara: Dari Pasar Gelap Ke Syurga Anime
Kalau anda melancong di Jepun, Akihabara adalah salah satu kota yang wajib lawat punya! Di sinilah wujud syurga anime dan permainan video bagi peminat tegar!
Mari kita kenal serba sedikit tentang syurga anime ini. Dulu, Akihabara ialah sebuah kota gerbang di mana laluan utamanya menuju kota Edo (Tokyo sekarang). Kota ini dipenuhi dengan para pedagang untuk meniaga dan merupakan tempat kediaman para samurai berkelas rendah.
Pada tahun 1869, kota gerbang ini dibakar teruk akibat kecuaian pihak tertentu. Penduduk sana kemudian membina sebuah tokong Akiba, iaitu tokong sembahan dewa Akiba iaitu dewa pemadam api, agar kota itu tidak lagi terbakar kali kedua.
Lama-kelamaan, kota gerbang itu dipanggil dengan nama ‘Akibagahara’. Kemudian nama tersebut berubah kepada nama ‘Akihabara’ akibat sebutan pelat orang Jepun. Masuk ke tahun 1890, stesen keretapi Akibahara dibina. Kerana adanya stesen keretapi ini, kota tersebut bertukar menjadi pasar buah dan sayuran.
Selepas Perang Dunia Kedua, Akihabara menjadi sebuah pasar gelap untuk menjual barang-barang terlarang. Pada era 1930-an, Akihabara menjadi ‘kota elektrik’ kerana para peniaga banyak menjual barangan elektrik seperti radio, peti sejuk, dan televisyen demi menarik warga Jepun yang nak mencari barang elektrik yang murah.
Kepopulariti Akihabara sebagai kota elektrik semakin pudar pada era 1980-an. Masa tu gelombang budaya ‘otaku’ semakin merebak dengan wujudnya komuniti peminat anime dan permainan video. Jadi, Akibahara sekali lagi bertukar rupa menjadi syurga anime dan permainan video dengan menjual manga, video anime, dan alat permainan video!
Sekarang, Akihabara masih hidup dengan lambakan para otaku membeli-belah. Kedai ‘maid cafe’ yang semakin banyak seperti cendawan tumbuh dan penjualan buku doujinshi (manga pelukis direka secara DIY) yang semakin laku menjadi penyumbang Akihabara sebagai kota tumpuan ramai!
Oleh: Dinie Liow (Dans)