Atasi Perasaan ‘Insecure’ Anda dengan Cara-cara Ini!
Mempunyai perasaan ‘insecure’ itu normal. Pasti akan ada hari-hari dimana anda akan berasa serba tidak kena pada hari-hari tertentu. Tetapi jika anda sentiasa mengalah dengan perasaan ‘insecure’ terhadap diri sendiri, ia mungkin akan memberikan sebuah impak yang negatif terhadap hidupan harian anda dari segi kesihatan, emosi dan juga dari segi pekerjaan anda.
Untuk mengatasi perasaan ‘insecure’ ini, anda perlu tahu apakah pencetusnya. Perasaan ‘insecurity’ ini adalah seperti perasaan-perasaan yang lain dimana ianya berpunca daripada pemikiran dan perspektif dalam kehidupan.
Jika begitu, dapatkan perasaan ‘insecure’ ini diatasi? Jawapannya ya jika anda boleh belajar untuk mengawal minda dan ubah perspektif anda ke arah yang lebih sihat.
Terdapat banyak faktor kenapa seseorang itu boleh berasa ‘insecure’, antaranya adalah:
- Pernah mengalami sesuatu pengalaman yang traumatik
- Tidak mendapat sokongan moral di rumah
- Mempunyai ‘anxiety’ atau kemurungan yang melibatkan simptom seperti perasaan ‘tidak guna’ atau ‘insecurity’.
- Bekerja di pejabat yang tidak mementingkan kesihatan mental dan psikologi.
- Pernah mempunyai hubungan dengan seseorang yang toksik
Menurut Dr. Nereida Gonzalez-Berrios, seorang pakar psikiatri menyatakan bahawa terdapat beberapa simptom yang boleh menunjukkan anda berasa ‘insecure’ terhadap diri sendiri:
- Keyakinan diri rendah
- Sentiasa merisaukan pendapat orang lain terhadap diri sendiri
- Tidak pernah berpuas hati dengan diri sendiri dan mesti mencapai kesempurnaan dalam sesuatu tugasan
- Mempunyai kerisauan yang melampau atau ‘anxeity’
- Gemar bersendirian
Dan simptom yang menunjukkan bahawa anda mempunyai perasaan ‘insecure’ terhadap orang lain pula adalah:
- Terlampau kritis terhadap orang lain
- Menerima gurauan dengan terlampau serious ataupun dalam cara yang negatif
- Kurang beremosi ataupun bersosial dengan yang lain
- Sering membuat perbandingan yang tidak sihat
4 Cara untuk Atasi Perasaan ‘Insecure’
Jika perasaan ‘insecure’ anda telah sedikit sebanyak memberi impak yang negatif dalam rutin harian anda, sebaik-baiknya anda dapatkan nasihat dan rawakat psikologi yang diperlukan untuk kesihatan mental anda. Mereka dapat membantu untuk mencari punca terjadinya perasaan ‘insecure’ ini.
- Terima Diri Anda
Anda harus belajar untuk melepaskan dan menerima hakikat bahawa ada beberapa perkara dalam kehidupan ini yang anda tidak boleh kawal.
“Jika anda berasa kekok atau janggal, terimalah ianya sebagai sebahagian daripada diri anda” kata Gonzalez-Berrios, “Ingat bahawa orang akan melihat kebaikan dalaman anda dan bukannya apa yang anda pamerkan diluaran anda”
Dengan ini, anda juga mungkin akan mula menghargai diri anda dengan lebih baik.
- Mempunyai Belas Kasihan terhadap Diri Sendiri
Selalunya mereka yang berasa ‘insecure’ akan membuatkan diri berasa lebih teruk dengan memikirkan perkara-perkara negatif mengenai diri mereka. Erti kata lain ‘negative self-talk’. Perbuatan ini boleh memberi suatu impak kepada kesihatan mental anda.
- Belajar untuk memuji diri anda sendiri secara perlahan-lahan walau sekecil mana pun kejayaan anda.
- Cabar diri anda untuk mencari perkara negatif yang anda sering lontarkan pada diri sendiri dan lihat samaada ianya benar ataupun tidak.
- Menjaga kesihatan fizikal anda.
Tahukah anda bahawa dengan menjaga kesihatan fizikal anda boleh meningkatkan keyakinan diri anda? Mood anda akan lebih terjaga and pemikiran anda lebih teratur. Tidur yang berkualiti dan juga pengambilan diet yang seimbang juga tergolong dalam menjaga kesihatan fizikal anda. Walaupun ianya kelihatan seperti suatu perkara yang kecil, tetapi ianya memberi kesan yang positif terhadap mental anda.
- Hentikan Perbandingan
Setiap orang ada hala tuju dan rentak masing-masing. Rezeki masing-masing adalah berbeza. Tidak wajar untuk anda meletakkan perbandingan antara diri anda dengan orang lain. Mungkin anda sama umur dengan seseorang individu dan anda melihatnya sebagai seorang yang lebih berjaya daripada anda. Disini silap anda. Lebih baik anda bandingkan diri anda yang sekarang dengan diri anda yang dahulu. Lihat betapa banyak langkah yang anda telah ambil, betapa banyak perubahan anda telah lakukan untuk memperbaiki diri anda. Anda harus terapkan dalam fikiran anda bahawa lain orang, lain rentak hidupnya. Hanya kerana anda adalah seusia dengannya atau mula waktu bekerja bersama, tidak bermakna anda mesti berlari bersamanya. Lain individu, lain perjalanannya.
Tiada seorang pun didunia ini dapat berlari daripada perasaan ‘insecure’ ini. Sedikit sebanyak pasti akan merasainya juga. Tetapi janganlah anda membiarkan diri anda dibelenggu perasaan negatif ini sehingga ianya memakan diri anda. Anda harus bangkit dan berjalan semula, ubah cara pemikiran, luaskan pandangan dan lihat kehidupan dari sudut perspektif yang lain.