
Awas! Ini 5 Makanan Tiruan yang Kini Berada di Pasaran
“Ada makanan tiruan di pasaran? Ish, takutnya!”
Bukan saja barangan seperti beg tangan, minyak wangi dan pakaian je ada yang ‘ciplak’, makanan pun dah ada sekarang ni. Sekali pandang, memang kita tak boleh nak bezakan mana satu yang makanan yang asli dan yang tiruan.
Makanan tiruan sangat bahaya untuk diri dan kesihatan kita kerana terdapat campuran bahan terlarang, benda asing seperti plastik yang boleh membahayakan nyawa kita.
Oleh itu, jom ambil tahu serta kenal pasti 5 makanan tiruan yang sering dijual di pasaran untuk mengelakkan kita ditipu.
1. Telur Ayam
Telur tiruan mengandungi bahan yang berbahaya. Kebiasaannya,kulit dan isi telur ditiru seperti sebutir telur yang asli. Tapi, jangan tertipu!
Cara untuk kita membezakannya adalah, kulit telur tiruan biasanya lebih keras dan berbentuk lebih besar dari telur sebenar. Kuning telurnya pula kelihatan lebih besar yang luar biasa berbanding telur sebenar.
2. Kayu Manis
Ramai yang tidak tahu, Cassia sering dijadikan sebagai pengganti kepada kayu manis, namun nilainya jauh lebih murah. Bau Cassia juga berbeza daripada bau kayu manis asli serta ia sebenarnya boleh membahayakan kesihatan.
Kayu manis sebenar mempunyai ‘cinnamomum verum’ pada bungkusannya dan cassia pula mengandungi ‘cinnamomum aromaticum’. Kayu manis sebenar mudah dipatahkan dan ringan. Cassia pula sangat keras dan berwarna coklat terang.
3. Mi
Mi merupakan antara makanan terawal yang dicipta produk tiruannya. Penghasilan mi tiruan ini telah didedahkan sejak tahun 2010 lagi. Bahan asas dalam pembuatan mi tiruan ini adalah gandum yang rosak dan perasa berbahaya dan ada juga yang diperbuat daripada plastik. Mi tiruan biasanya boleh dikenal pasti dengan merasanya sebelum masak.
4. Kekapis/Scallop
Kekapis atau scallop ini sering dijadikan menu mewah di restoran. Selain harganya yang mahal serta sukar untuk dapat, banyak pengilang membuat kekapis tiruan menggunakan isi ikan hancur, ikan pari, kuda laut dan isi ikan jerung sebagai pengganti. Ada juga yang menggunakan fungus salji untuk diproses menjadi scallop.
5.Kacang Pis Hijau
Haa… ini antara yang terkenal juga ni! Ramai yang tahu, ramai juga yang dah terkena dengan kacang pis hijau tiruan ni.
Kacang pis hijau tiruan diperbuat daripada gabungan kacang soya dan sodium metabisulfiate yang dilarang kerana boleh membawa risiko pertumbuhan kanser dan masalah metabolisme.
Cara untuk membezakan tiruan dan asli adalah dengan mengambil langkah lebih berhati – hati dalam memilih pengeluar. Selain itu, jika anda dapati warna kacang terlalu hijau, ini bermaksud warna kacang itu diperbuat daripada pewarna tiruan dan bukan pewarna asli.
Berhati-hati dalam membuat pemilihan makanan supaya kita dan keluarga terhindar daripada penyakit yang berbahaya. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua! 🙂