Betul Ke Kentut Boleh Bakar Kalori?
Ramai orang mempercayai bahawa kentut boleh membakar kalori dalam badan. Dikatakan bahawa kentut boleh membantu mengurangkan berat badan.
Pada asalnya, dakwaan ini muncul di internet pada tahun 2015. Dakwaan tersebut menyatakan bahawa sekali kentut boleh membakar 67 kalori, dan jika seseorang kentut sebanyak 52 kali dalam sehari, mereka boleh membakar satu paun lemak.
Namun, adakah dakwaan pelik ini benar?
Jawapannya adalah tidak sama sekali. Anggapan bahawa kentut boleh membakar kalori dan mengurangkan berat badan hanyalah mitos.
Pakar gastroenterologi dari University of Michigan, Amerika Syarikat bernama Michael Rice menyatakan bahawa secara purata, manusia kentut sekitar 14 kali sehari tanpa sebarang kalori yang terbakar.
Kata beliau, “Apabila anda kentut, mungkin terasa seperti otot anda sedang bekerja, tetapi sebenarnya tidak,” kata Rice dalam satu temubual bersama Popular Mechanics.
Proses kentut berlaku kerana bahagian anus yang berfungsi untuk mengawal dan menahan najis semasa buang air besar.
“Apabila otot-otot tersebut relaks, tekanan dari dalam usus besar mengeluarkan gas,” jelas Rice.
Satu-satunya cara untuk mengetahui jumlah kalori yang mungkin terbakar kerana kentut adalah dengan meningkatkan tekanan otot perut semasa kentut.
Walau bagaimanapun, ini juga perlu disertai dengan senaman secara teratur seperti sit-up.
“Setiap kalori yang terbakar sebenarnya adalah hasil daripada aktiviti senaman itu sendiri, bukan dari kentut,” tegas Rice.
Walaupun hanya mitos, badan anda mungkin berasa seperti sedang membakar kalori semasa kentut. Apabila gas yang terperangkap dikeluarkan, perut anda akan terasa lebih ringan dan lebih langsing. Menurut Rice, ia mungkin menjadi asal mula mitos bahawa kentut boleh membakar kalori.
“Jika kentut menyebabkan penurunan berat badan yang ketara, ia mungkin merupakan gejala penyakit lain seperti radang usus,” kata Rice.
Kesimpulannya, jangan anda percaya dengan dakwaan-dakwaan yang agak tidak masuk akal yang tersebar di internet lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesihatan tubuh badan. Sebaiknya, periksa dahulu ketepatan faktanya sebelum mempercayainya.
Oleh: Azizul Farhan