Doakan Anak Kita Setiap Hari
Hari ni result SPM keluar. Alhamdulilah keputusan Alya terbaik dan layak masuk Asasi. Mungkin dia akan ke UTP (Petronas) kerana universiti tu yang dia suka sejak abang dan kakaknya kesitu.
Anak kami sembilan orang. Kalau ada yang bertanya apa pengorbanan paling besar dalam membesarkan anak-anak saya katakan pengorbanan masa ibunya puan CEO Zawiyah Saimin. 14 kali menghantar pergi balik anak ke sekolah setiap hari. Meninggalkan kerjaya sebagai seorang guru semata-mata mahu menumpukan kebajikan anak-anak dan isterinya.
Umur 40 tahun saya berhanti kerja. Saya juga bersama awin untuk fokus dengan membesarkan anak-anak. Saya berkerja sendiri dengan menjana pendapatan sendiri. Ketika itu irfan anak sulong saya sudah 16 tahun umurnya. Mereka memerlukan perhatian dan masa ibu ayahnya. Jika tidak saya keluar kerja 6 pagi lewat malam baru sampai rumah. Saya mahu bersama anak-anak saya ketika mereka membesar.
Banyak kali orang tanya, bagaimana saya memulakan untuk berniaga sendiri sedangkan saya mempunyai tanggungan yang ramai.
– Saya percaya rezeki Allah dimana-mana. Rezeki anak tu pasti ada. Kita yang tumpang rezeki mereka.
– Dalam berniaga. Kita buat je dulu, baru fikir nak buat macam mana. Kita tabur je dulu baru betulkan satu persatu.
– Kena rajin kerja, kita cuma tukar kerjaya je. Dulu kalau berkerja boleh keluar sampai 10 jam berkerja kenapa tidak buat perkara yang sama bila berkerja sendiri.
-Mulakan dari kecil dari seribu sebulan, lepas tu tu cari jalan dapat sale 10K sebulan. Fasa perkembangan jadi 100K sebulan dan seterusnya cari jalan macam mana nak dapat 1 juta sebulan.
Kini irfan dah habis belajar di UTP dan telah belajar peringkat master di Northampton University UK pada penghujung January lalu. Kak ngah kat UIA kuantan, Aina di UIA Pagoh, Aifa di university Petronas dan Alya hari ni ambil result SPM dan insyaallah ikut jejak kakak dan abang nya. Yang lain masih bersekolah yang paling kecil 9 tahun.
Rahsia Didik Anak Dari Seorang Imam Tua
Saya dapat petua dari seorang pak imam masjid dikampung saya. Semua anaknya berjaya. Saya tanyakan rahsianya. Dia berikan beberapa #tipayahanakramai.
Katanya
Setiap pagi jangan marah anak-anak. Anak-anak akan masalah terima ilmu disekolah. Jangan gaduh-gaduh pagi-pagi. Jika negatif mula pagi mereka, maka negatiflah sepanjang hari. Setiap malam sebelum masuk tidur, pesankan pada mereka. Siapkan kerja sekolah, susun beg dan persiapkan untuk awal ke sekolah setiap pagi.
Sebelum mereka pergi sekolah dan mereka bersalaman dengan ibu bapa, pandang mata mereka. Berikan senyuman dan berikan satu ciuman pada mereka. Insyaallah anak itu mudah menerima ilmu apa yang gurunya ajarkan disekolah.
Doakan anak kita setiap hari.
Pesanan-
Setiap anak ni ada potensinya sendiri. Jangan terlalu fokus dengan result yang mereka dapat tapi usaha untuk memperbaiki kapasiti perkembangan potensi mereka. Result SPM bukan segala-galanya. Yang cemerlang saya ucapkan tahniah. Yang kurang cemerlang banyak perkara lain boleh kita lakukan dengan lebih cemerlang.
Kredit: Coach Bahar