Empat Langkah Mencegah Obesiti Di Kalangan Kanak-Kanak
Mengikut statistik terbaru dari Kajian Kesihatan Morbiditi Kebangsaan, lebih daripada 7% kanak-kanak di Malaysia di bawah umur lima tahun telah dikenal pasti mengalami berat badan berlebihan. Kajian oleh Persatuan Pemakanan Malaysia pula mendedahkan bahawa hampir 30% kanak-kanak dan remaja berumur antara 6 hingga 17 tahun dikenalpasti mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Kajian yang melibatkan 8,705 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menunjukkan bahawa 32.9% pelajar lelaki lebih berat berbanding dengan pelajar wanita pada kadar 24.7%. Ia juga mendedahkan bahawa satu daripada empat orang kanak-kanak tidak mengambil sarapan dan ianya menimbulkan kekhuatiran di kalangan ibu bapa terhadap tabiat makan dan diet anak-anak mereka.
Seorang kanak-kanak yang pertumbuhannya terbantut pada usia awal adalah berisiko tinggi mempunyai berat badan berlebihan pada masa akan datang. Risiko berlebihan berat badan meningkat dengan peningkatan akses kepada makanan dan minuman ringan (terutama makanan yang mempunyai lemak trans atau kandungan gula yang tinggi dan zat pemakanan yang rendah), fizikal tidak aktif dan gaya hidup yang tidak banyak bergerak.
Semua ini adalah bermula daripada faktor persekitaran yang boleh dibendung bermula di sekolah sebagai sebahagian daripada ritual yang sihat atau pemakanan yang rutin.
Pada tahun 2013, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai melancarkan kempen gempur kegemukan di sekolah dengan pengenalan gaya hidup sihat dengan merangka inisiatif untuk menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih aktif dengan pengagihan tali “skipping” kepada 200 sekolah di seluruh negara.
Pemberian tali “skipping” mungkin nampak remeh, tetapi dengan kreativiti, “skipping” menjadi aktiviti sihat yang menarik dan menyeronokkan.
Penentu asas berat badan berlebihan adalah ketidakseimbangan antara kalori yang dimakan dan kalori yang digunakan oleh tubuh. Hakikatnya, orang dewasa di seluruh dunia berjuang untuk memahami konsep ini terutama mengenai tanggungjawab mereka untuk memastikan kesihatan anak-anak
Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi dan makanan yang mereka makan adalah tinggi daripada jenis daging, lemak, garam dan kurang sayur-sayuran dan buah-buahan adalah terdedah kepada corak pemakanan tidak seimbang. Minuman manis termasuk minuman ringan, kordial dan berbentuk sirup adalah popular di kalangan kanak-kanak, begitu juga kuih yang manis dan kudapan – semuanya murah dan mudah didapati di kantin sekolah tetapi pada masa yang sama adalah sangat rendah nutrien.
Ini adalah hasil paradoks dari negara yang sedang membangun – terlalu banyak sesuatu yang baik juga boleh membawa kesan yang sebaliknya. Beberapa faktor telah dikenal pasti mampu mendorong pencegahan obesiti di kalangan kanak-kanak.
1. Gaya Didikan Ibu Bapa
“Gaya Didikan Ibu Bapa” menggambarkan interaksi ibu bapa dan kanak-kanak merentasi pelbagai situasi gaya hidup dan diguna pakai terhadap interaksi bebas berdasarkan kajian topik yang berkaitan. Hubungan antara ibu bapa dan kanak-kanak boleh dilihat dan dipengaruhi oleh gaya didikan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Salah-satu klasifikasi gaya didikan ibu bapa adalah kategori autoritarian, ibu bapa gaya ini selalunya berwibawa, permisif, dan tidak mengongkong.
Ibu bapa autoritarian digambarkan sebagai menghargai kepatuhan, memihak kepada tindakan tegas punitif, dan tidak menggalakkan ucapan lisan “memberi dan menerima”. Gaya didikan ibu bapa ini menghargai kedua-dua “kehendak diri dan disiplin yang bersesuaian”. Mereka secara amnya menggunakan sebab dan juga kuasa untuk mendisiplinkan anak-anak.
Ibu bapa yang permisif membenarkan anak-anaknya mengawal kegiatannya sendiri dan menerima seadanya, tidak dihukum dan patuh. Gaya didikan ibu bapa yang tidak mengongkong telah digambarkan sebagai satu pengabaian.
Gaya didikan ibu bapa yang bersifat autoritatif juga telah dikaitkan dengan penurunan inisiasi remaja merokok dan meningkatkan aktiviti fizikal dan berkurangnya tingkah laku gaya hidup kurang pergerakan di kalangan anak-anak gadis. Penerimaan ibu bapa dan kawalan tingkah laku adalah 2 dimensi yang boleh dijadikan rangka asas bagi empat gaya didikan ibu bapa ini.
2. Persekitaran Pranatal
Perkaitan faktor risiko tertentu terhadap obesiti kanak-kanak memberi kesan dengan cara yang berbeza, bergantung pada peringkat perkembangan kanak-kanak. Status kesihatan ibu ketika mengandung boleh memberi kesan langsung kepada risiko obesiti kanak-kanak dan kemorbiditi yang berkaitan dengan obesiti.
Pendedahan kepada diabetes mellitus terhadap ibu ketika mengandung antara faktor meningkatkan risiko diabetes dan obesiti anak-anak pada masa depan. Bayi yang lahir kecil daripada usia kehamilan juga berisiko tinggi untuk mendapat kegemukan , diabetes, dan hipertensi, seterusnya mampu mengakibatkan kelemahan kanak-kanak terhadap persekitaran intrauterin. Walau bagaimanapun faktor gaya hidup ibu bapa selepas bersalin juga boleh memainkan peranan.
3. Susu Ibu dan Usia Awal Bayi
Interaksi ibu dan anak mengenai aktiviti pemakanan bermula pada saat ketika bayi lahir lagi. Terdapat bukti menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu mempunyai kesan perlindungan yang kecil terhadap obesiti di usia selanjutnya.
Mekanisme tindakan adalah tidak jelas tetapi berkemampuan melibatkan peningkatan keupayaan bayi untuk mengawal pengambilan dan kesan interaksi pemakanan ibu dan bayi.
Perkaitan berat badan ibu bapa, status sosioekonomi, dan tabiat merokok boleh menjadi asas kepada penderita obesiti.
Kempen menyokong pengamal penyusuan susu ibu telah disyorkan sebagai salah satu faktor pencegahan obesiti oleh American Academy of Pediatrics.
4. Pra Sekolah dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak
Pra sekolah dan pusat asuhan kanak-kanak bertanggungjawab terhadap jenis makanan yang dibekalkan kepada kanak-kanak kecil, saiz bahagian yang ditawarkan, dan konteks emosi di mana makanan dimakan. Peralihan diet anak-anak kecil selalunya mencerminkan masalah pemakanan di kalangan ibu bapa mereka.
Diet kanak-kanak berumur 1-2 tahun mengambil hidangan pencuci mulut, ais krim dan / atau gula-gula sekali sehari, dan sehingga setengahnya mengambil minuman manis setiap hari; Sebaliknya, hanya 1 dari 10 yang memakan sayur-sayuran hijau setiap hari.
Dinasihatkan kepada ibu bapa atau penjaga mereka untuk “menyediakan pelbagai makanan yang sihat dalam saiz bahagian yang betul dan membenarkan kanak-kanak memutuskan apa dan berapa banyak makanan dari apa yang mereka tawarkan” telah disarankan sebagai langkah pendekatan orang dewasa yang sesuai untuk menggalakan pemakanan sihat kanak-kanak.
Tahap aktiviti ibu bapa juga boleh mempengaruhi aktiviti anak-anak. Selain itu juga, menonton televisyen dan meletakkan televisyen di bilik tidur, kedua-dua keadaan dikaitkan dengan berat badan berlebihan pada kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun.