Hilangkan Kutu Beras dengan Cara Mudah Ni!
Proses nak masak nasi ni sebenarnya tak lama pun. Tak sampai 5 minit dah boleh settle. Tapi… kadang-kadang proses ni boleh makan masa hingga 15 minit kalau terpaksa ‘berperang’ dengan kutu beras.
Nak buang beras, sayang pula sebab masih banyak lagi. Jangan risau! Ini kami kongsikan cara mudah untuk hilangkan kutu beras tanpa perlu buang beras.
- JEMUR BERAS DI BAWAH PANAS MATAHARI
Cara paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah dengan meletakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Jika tiada dulang yang sesuai, jemur sahaja bekas beras yang telah dibuka penutupnya. Dengan cara ni, kutu akan keluar dari beras untuk cari tempat lembab.
- CILI KERING & BAWANG PUTIH
Masukkan cili kering yang telah dipotong dua ke dalam bekas simpanan beras. Kenapa kutu takut cili kering? Sebabnya, cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu dari bersarang dalam bekas beras anda.
Kutu atau bubuk beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini. Caranya mudah sahaja. Ambik beberapa ulas bawang putih dan masukkan ke dalam bekas beras anda.
- GUNA KERATAN BATANG & DAUN PUDINA
Tangkai daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian ramas atau kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau serangga ini.
- DAUN LIMAU PURUT
Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu dari terus menghuni bekas simpanan beras.
- BUAT UNCANG KULIT KAYU MANIS
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras. Caranya mudah sahaja. Ambil beberapa batang kulit kayu manis. Goreng dalam kuali tanpa minyak bagi menerbitkan bau harum. Kemudian masukkan ke dalam uncang dan letak dalam bekas beras.
Semoga bermanfaat dan Selamat mencuba!😉