
Madu Masih Lagi ‘RELEVAN’ Ke Dengan Pemakanan Pada Masa Kini?
Jangan tak tahu bahawa madu telah digunakan sejak zaman purba dahulu sebagai sumber makanan tenaga yang penting. Jika diungkap sahaja berkaitan madu pastinya terbayang akan cairan kuning likat yang mempunyai rasa manis dan enak.
Madu juga sesuai dijadikan ejen pemanis alternatif bagi menggantikan gula putih yang memudaratkan.
Ada juga menjadikannya sebagai sumber pewarna, perasa, dan menambah kelikatan dalam produk makanan.
Madu telah disebut di dalam Quran sebagai salah satu makanan yang mengandungi khasiat yang baik bagi menyembuhkan penyakit manusia.
|
Madu yang terdiri dari kandungan gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa yang tinggi dapat memudahkan proses penyerapan nutrien ke dalam tubuh.
Di samping itu, madu juga mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin B1 dan B2, mineral seperti kalsium, potasium dan polifenol yang baik untuk tubuh dan telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif pelbagai jenis penyakit.
Jadi apakah antara khasiat madu ini?
- Mengurangkan berat badan
Menurut pengarang dan pakar nutrisi, Mike McInnes, madu dapat membakar lemak badan walaupun ketika anda tidur. Ia adalah satu makanan yang terbaik untuk mengurangkan berat.Waktu terbaik untuk pengambilan madu ini adalah ketika perut kosong. Hanya mengambil sesudu kecil madu sebelum tidur atau campurkan madu dengan air suam ketika perut masih kosong pada awal pagi.
Pengambilan madu ketika perut kosong dapat membantu penyerapan yang lebih baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh. Secara tidak langsung, ia dapat bantu untuk mengurangkan berat badan dengan lebih pantas.
- Menyokong Sistem ImunitiDianggap sebagai ubatan semula jadi bagi membantu melegakan sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, ia mampu mempertingkatkan imun untuk jangka masa panjang jika diambil setiap hari.
- Membekalkan TenagaMadu yang diambil pada setiap pagi sebelum makan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Dengan kandungan gula semula jadi, vitamin dan mineral yang membekalkan tenaga terbaik bagi tubuh.Dalam kajian dari Makmal Senaman dan Sukan, University of Memphis, menunjukkan madu adalah pilihan karbohidrat terbaik diambil sebelum bersenam. Malahan, ia juga dikatakan pilihan yang baik untuk diambil selepas bersenam.
- Menyokong Sistem KardiovaskularSebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu dapat memperbaiki tahap kolestrol tubuh. Apabila tahap kolestrol rendah, secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tahap kesihatan sistem kardiovaskular.Menurut kajian, madu boleh membantu menurunkan hampir 5.8% LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan 3.3% HDL (kolesterol baik).
Kesimpulannya, dengan kandungan khasiatnya yang baik pastinya akan memberikan sesuatu yang positif bagi kesihatan tubuh. Hanya dengan pengambilan sesudu kecil atau campurkan dengan air suam semasa perut kosong sebelum sarapan dan pada waktu malam sebelum tidur dapat membekalkan tenaga dan menyokong sistem imuniti tubuh.
Dapatkan yang diimport khas dari pergunungan Kyrgyzstan. Kawasan ini bebas dari kawasan perindustrian malah tidak ada kesesakan lalu lintas dan tiada pencemaran. Dengan persekitaran yang segar, bergunung-ganang dan dihiasi pula dengan keindahan panorama pelbagai jenis bunga, menjanjikan keunikan bagi madu yang terhasil.
Sudah pasti segar dan bebas dari pencemaran!
Dapatkan anda sekarang !!
Rujukan:
- Md Isa, A. (2020, December 22). 8 KHASIAT Madu Yang Mungkin ANDA Tak Pernah TAHU, Salah Satunya Menguatkan Sistem imun badan! Retrieved April 30, 2021, from https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/manfaat-madu-untuk-kesihatan/
- Firdaus, H. (2021, January 25). 7 Kelebihan Madu asli Olive HOUSE: Pilihan PENGGEMAR MADU. Retrieved April 30, 2021, from https://www.olivehouse2u.com/7-kelebihan-madu-asli-olive-house/
- Nordqvist, J. (2018, February 14). Honey: Benefits, uses, and properties. Retrieved April 30, 2021, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/264667#risks