Minat kepada kelip-kelip membawanya ke pentas TED Talk
Wan Faridah (PhD), saintis yang berasal dari Terengganu tampil berbaju kurung, menyebut contoh pantang larang orang tua dan menggunakan peribahasa Bahasa Melayu – menyerlahkan keunikannya sebagai seorang speaker dari Malaysia.
Pembentangannya cukup rencah – enthusiastic, teratur, jelas, informatif dan diserikan dengan cerita dan humor. Memang menarik.
Antara intipati yang dikongsikan beliau ialah:
1. Ada lebih 2000 spesis kelip-kelip seluruh dunia, kecuali di Antartika.
2. Setiap spesis kelip-kelip ada pattern cahaya tersendiri. Ada spesis yang bercahaya berterusan, ada yang berkelip-kelip.
3. Kelip-kelip adalah penting dalam keseimbangan ekosistem. Antaranya sebagai bioindikator (penanda aras secara biologi) sama ada sesebuah habitat itu adalah sihat atau tidak.
4. Populasi kelip-kelip yang menurun mungkin disebabkan kualiti air yang terjejas – yang menjejaskan populasi siput yang menjadi makanan larva kelip-kelip. Tanda rantai makanan yang terjejas.
5. Kelip-kelip sangat sensitif kepada pencemaran cahaya oleh cahaya tiruan (artificial light), yang mungkin membuatkan mereka ‘pening’ atau buta.
6. Penurunan populasi kelip-kelip adalah petanda spesis-spesis yang tinggal di habitat yang sama juga sedang terjejas.
7. Ada spesis kelip-kelip yang suka terbang solo dlaam hutan, ada yang suka berkumpul di pokok, ada yang suka di kolam dan macam-macam lagi, berbeza mengikut spesis.
8. Beliau juga menceritakan pengalaman pasukannya meneroka hutan & gelap malam sehingga berjaya menemui spesis baharu kelip-kelip di Singapura – yang dinamakan Luciola Singapura.
Dr. Wan Faridah yang dikenali sebagai saintis kelip-kelip, merupakan seorang pensyarah dalam bidang biodiversiti dan entomology (kaji serangga).
Orang lain pun minat kelip-kelip, tapi sekadar suka tengok je lah. Tapi Dr. Wan Faridah minat sehingga membawanya ke mata dunia. Ini yang kita boleh belajar.
Syabas buat saintis Malaysia yang mengharumkan nama negara.
Semoga menjadi inspirasi – sekecil-kecil minat kita boleh di projek menjadi satu sumbangan buat manusiawi.
Kredit: Ahmad Fakhrurrazi Yahaya