Omicron menyerang dunia? Cukupkah sekadar bervaksinasi?
By Dr. Norfahana Abd Talib
Varian COVID-19 yang dinamakan Omicron telah ditemui di Afrika Selatan oleh sekumpulan pengkaji yang menjangkiti lebih dari 20 negara setakat ini. Dijangka kadar kebolehjangkitannya varian ini lebih tinggi berbanding varian-varian yang ditemui sebelum ini. Sebagai contoh pada 26 November kadar jangkitan yang dikesan di Afrika Selatan adalah 3402 kes dan pada 1 Disember 2021 kes meningkat secara drastik kepada 8561 kes yang dikesan pada masa yang singkat. Omicron dijangka berjangkit berkali ganda lebih cepat dan menyerang sistem badan lebih pantas berbanding varian Delta dan sebagainya.
Sifatnya yang boleh bermutasi berganda-ganda seolah-olah mengurangkan kadar keberkesanan vaksinasi berkadar dengan masa. Para saintis di seluruh dunia, termasuk mereka yang bekerja untuk pengeluar vaksin, sedang tergesa-gesa untuk mengetahui keputusan itu. Sebagai contoh, penyelidik di Pfizer sedang mengambil antibodi daripada orang yang telah mendapat dua atau tiga suntikan vaksin dan melihat sama ada antibodi tersebut mempunyai sebarang keupayaan peneutralan terhadap omicron.
Oleh itu, apakah peranan yang kita boleh lakukan bagi memastikan penularan dapat disekat dan memastikan orang yang tersayang dalam keadaan yang selamat?
Vaksinasi adalah salah satu caranya dan tidak cukup setakat itu sahaja. Penekanan tentang pengambilan makanan yang membantu merencatkan sel covid-19 amat penting selain memastikan seluruh rakyat Malaysia mendapat dos vaksinasi yang lengkap. Ini adalah kerana kaedah menghadapi jangkitan dan mengawal simptom juga adalah perkara yang amat penting untuk diambil kira selain mengawal penularannya.
Thymoquinone adalah salah satu komponen penting yang terdapat dalam Habbatussauda yang dipercayai membantu dalam usaha ini. Secara ringkas, Thymoquinone juga berpotensi untuk menghadapi jangkitan COVID’19 melalui penyekat kemasukan virus ke dalam sel perumah (Xu et al., 2021).
Secara khususnya, Thymoquinone berfungsi dengan menyekat pengikatan virus Protein S ke reseptor sel yang berkaitan dengan hipertensi (ACE2), dengan demikian ia dapat menyekat kemasukan virus ke dalam sel perumah. Proses perencatan sel virus juga sangat bergantung kepada dos dengan nilai IC50 (kepekatan TQ untuk merencat 50% sel) dan EC50 (kepekatan TQ untuk menjadi efektif kepada 50% aktiviti perencatan sel) yang ideal. Oleh itu pengambilan dos yang mencukupi amatlah penting bagi memastikan system pertahanan badan berjalan dengan baiknya sepanjang musim pandemik ini.
Rujukan:
• Xu, H., Liu, B., Xiao, Z., Zhou, M., Ge, L., Jia, F., … & Wang, G. (2021). Computational and experimental studies
reveal that thymoquinone blocks the entry of coronaviruses into in vitro cells. Infectious diseases and
therapy, 10(1), 483-494.
• Oskouei, Z., Akaberi, M., Hosseinzadeh, H., 2018. A glance at black cumin (Nigella sativa) and its active
constituent, thymoquinone, in ischemia: a review. Iran. J. Basic Med. Sci. 21, 1200.
• Ahmad, A., Husain, A., Mujeeb, M., Khan, S.A., Najmi, A.K., Siddique, N.A., Damanhouri, Z.A., Anwar, F., 2013. A
review on therapeutic potential of Nigella sativa: a miracle herb. Asian Pac. J. Trop. Biomed. 3, 337–352