Ulasan Aafiyat Lifestyle Musim 1 Episod 9
Terseksa Dengan Obesiti
Artis undangan yang memeriahkan topik perbincangan ialah Mikael Andre yang merupakan adik kepada pelakon dan pengarah filem, Piere Andre.
Manakala untuk pakar soal jawab, Aafiyat Lifestyle menjemput, Dr. Malinda Mohd Ali seorang Doktor Perubatan Penuaan Sihat dan Konsultan Rawatan Obesiti.
Bertepatan dengan topik ‘terseksa kerana obesiti’, Mikail berkongsi pengalamannya yang pernah mengalami berat badan berlebihan.
Beliau bagaimanapun mempunyai daya usaha untuk menurunkan berat badan dengan meninggalkan pengambilan nasi selama sebulan.
Menurut Dr. Noman Norawi, data statistik terbaru masalah obesiti di Malaysia adalah 48.8%.
Masalah utama obesiti bukan semata – mata jumlah makanan yang diambil tetapi lebih kepada jenis makan yang diambil.
Pemakanan yang tinggi karbohidrat proses menyebabkan masalah obesiti yang tinggi sekarang ini.
Jika seseorang itu telah meninggalkan karbohidrat seperti nasi, namun menggantikan dengan sumber karbohidrat yang lain seperti roti atau capati boleh juga menyebabkan kenaikan berat badan.
Kerana itu amatlah penting untuk memilih makanan dengan indeks glisemik yang rendah.
Selain daripada itu, oleh kerana faktor fizikal seperti kurang bersenam ataupun hormon yang berkait dengan gender, pengambilan makanan, umur dan sebagainya boleh juga menyumbang kepada potensi obesiti.
Lagi satu punca kepada masalah obesiti ini ialah kerana stress. Stress ini menganggu hormon dan menyebabkan badan mengumpul lemak. Ditambah pula dengan tidak cukup tidur.
Hasil daripada masalah kegemukan ini menimbulkan penyakit – penyakit yang lain seperti sakit sendi, diabetis, darah tinggi ataupun sakit jantung.
Kajian ada menunjukkan kebiasaan orang yang mengalami berat badan berlebihan akan lebih mati awal kerana penyakit – penyakit yang timbul hasil daripada kenaikan berat badan tersebut.
Peggunaan BMI (Body Mass index) untuk mengaitkan dengan obesiti sebenarnya agak kurang tepat. Hal ini kerana BMI digunakan untuk mengukur tinggi dan berat badan serta tidak sesuai untuk kanak – kanak, wanita mengandung dan atlet berotot.
Definisi yang sebenarnya untuk mengukur obesiti ialah bergantung kepada peratusan lemak dalam badan dan ianya lebih tepat berbanding pengiraan BMI.
Seseorang wanita itu akan dikategorikan sebagai obesiti apabila memiliki peratusan lemak sebanyak 32% + manakala untuk lelaki ialah sebanyak 25% +.
Lemak terdiri daripada 2 jenis dalam tubuh iaitu lemak struktur dan lemak simpanan.
Lemak struktur ialah lemak yang membentuk sendi, muka dan kawasan organ – organ dalaman sebagai kusyen atau absorber.
Dan lemak simpanan terdiri daripada lemak di bawah kulit ( subcutaneous) dan lemak visceral yang lebih merbahaya kerana ia menyelaputi organ – organ dalaman dan ini lemak yang jahat.
Lemak visceral ini juga bertindak sebagai organ yang merembeskan hormon – hormon penyebab masalah keradangan dan penyakit kronik yang lain.
Antara kaedah yang boleh anda gunakan untuk mengukur kandungan lemak visceral ini ialah dengan mendapatkan ukuran lilit pinggang (cm) dan dibahagikan dengan ukuran lilitan pinggul (cm) dan jawapannya dalam cm.
Ukuran yang standard bagi lelaki asia ialah kurang dari 90 cm dan bagi wanita ialah kurang daripada 80 cm. Jika sekiranya lebih, itu menandakan anda berpotensi untuk mendapat risiko – risiko obesiti.
Pun begitu, sekiranya bacaan BMI anda lebih daripada 35 tidak sesuai menggunakan kaedah kiraan ‘waist to hip’ ratio iaitu kaedah yang disebutkan di atas.
Lagi satu kaedah mudah mengukur lemak ialah dengan ‘fat caliper’ yang boleh dirujuk menerusi jadual yang telah disediakan dalam pek produk itu.
Diperjelaskan lagi, lemak adalah lebih besar daripada otot dan ia menyebabkan seseorang yang obes kelihatan besar
Untuk seseorang yang merancang menurunkan berat badan, anda seharusnya fokus kepada menurunkan ‘jumlah lemak’ berbanding melihat berat badan turun menerusi penimbang berat badan
Salah satu cara berkesan untuk membantu mengurangkan lemak jahat atau lemak visceral ini ialah dengan makan lemak atau minyak sihat seperti minyak zaitun.
Minyak zaitun memiliki anti keradangan dan membantu mengawal selera makan serta tinggi dengan antioksidan.
Sebaik – baiknya minyak zaitun dimakan secara mentah sebanyak satu sudu atau dua sudu makan.
Selain daripada minyak zaitun, sari cuka teen ataupun cuka buah lain seperti sari cuka epal atau sari cuka kurma dapat membantu mengekang keinginan untuk makan secara berlebihan.
Kaedah yang betul untuk mengamalkan sari cuka ialah dengan mengambil dua sudu makan sari cuka teen dicampur bersama segelas air pada waktu pagi.
Kepada sesiapa yang merancang untuk menurunkan berat badan, tetapkan ukuran yang realisitik. Seperti disarankan oleh Dr. Malinda, minimumnya ialah setengah kilo dalam seminggu.
Untuk mereka yang menurunkan berat badan dengan bersenam, waktu yang paling baik untuk bersenam ialah selepas subuh dan selepas asar atas faktor hormon.
Dengan meninggalkan pemakanan tidak sihat seperti makanan diproses boleh membantu anda mengurangkan ketagihan pada makanan seperti gula dan sebagainya untuk mengelakkan masalah berat badan berbalik (rebound).