Work-Life Balance
Dulu masa kecik-kecik, bila tengok filem polis dan detektif dari Hollywood, selalu tertanya kenapa di pejabat atau balai hero ni hebat, ramai puji, berdedikasi, tapi bab rumahtangga sendiri hancur.
Dah jadi cliche hero mesti terlupa sambutan harijadi atau hari penting lain anak, datang temujanji lambat dan sebagainya.
Bila dah besar ni, dah masuk bekerja dan melakukan perusahaan sendiri baru faham, kalau kita berimpian besar, dedikasi terhadap tugas, ingin membina dan mencapai sesuatu, antara benda yang kita korbankan adalah masa dengan keluarga.
Tapi ini gambaran filem-filem Hollywood-lah. Tak pasti kenapa pengarah mesti nak tunjuk kalau dedikasi terhadap tugas, mesti kehidupan keluarga tunggang-langgang.
Kalau kita soroti kembali sejarah, manusia dari dulu memang keluar bedagang dan memburu yang kadang mengambil masa berbulan lamanya. Lelakinya keluar mencari rezeki berbulan-bulan, yang wanitanya menguruskan komuniti dan hal rumahtangga.
Nabi SAW dan para sahabat sendiri pun keluar berdagang, berdakwah dan berjuang. Bahagia juga.
Terkurang sana sikit, sini sikit itu normal lah. Asam garam kehidupan berkeluarga.
Tapi kalau nak letak dalam neraca “bahagia” hari ini iaitu kena ada Work-Life Balance (8 jam kerja, 8 jam keluarga, 8 jam rehat dan riadah), memang ke laut dalam lah jawabnya.
At the end of the day, kita sebagai sebuah unit keluarga perlu memahami tanggungjawab dan peranan masing-masing, kena banyak tahu apa nature kerja pasangan kita. Mana terkurang, sama-sama cuba tutup kekurangan tersebut.
Cabaran kehidupan di luar sudah cukup stress.
Jangan kita tambah stress di rumah, di satu-satunya tempat yang sepatutnya menjadi safe & comfort zone kita.
Kalau kat luar stress, kat rumah tambah stress, itu yang nanti cari pelepas stress dari sumber-sumber lain.
Sekian.