
Dari Influencer ke Usahawan

Kalau di Korea ada IU sebagai ‘Nation’s Sweetheart’, di Malaysia kita ada Khairul Aming, selaku selebriti chef influencer yang bermulanya hanya dengan memuat naik video masakannya “30 hari 30 Resipi” pada bulan Ramadan setiap tahun.
Beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan di Vanderbilt University di Amerika Syarikat. Kemudiannya beliau mendapati bahawa beliau berminat dengan merakam video dan membeli sebuah kamera bagi mengasah skill dalam merakam video.
Beliau juga berjaya untuk memenangi tempat pertama untuk “International Travel Video Content” dan menjadi Presiden bagi Malaysian Student Association di universitinya,. Di situ juga beliau mendapat anugerah dekan untuk sesemua semesternya dan juga berjaya mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang ‘mechanical engineering’
Setelah 4 tahun berada di Amerika untuk penamatkan pengajiannya, Khairul Aming pula ke tanah air dan bekerja dalam bidang juruteraan dan setahun kemudian, beliau berpindah ke bidang logistik. Disinilah, beliau banyak belajar mengenai bisnes, import, eksport ke serata dunia, cukai, ‘finance’ dan juga cara-cara untuk ‘blend’ minyak.
Dari situ, beliau berfikir pelbagai cara untuk memanfaatkan ilmu yang telah diperoleh daripada pengalaman kerjanya dan cuba untuk berbisnes. Pada awalnya, tiada satu pun yang menjadi: jual baju, membuat template dan juga menjual makanan.
Akhirnya beliau membuat keputusan untuk membuat video masakan yang kemudian dimuatnaik ke channel RASAPOP. Channel tersebut kemudiannya mendapat sambutan hangat dan beliau cuba untuk menjual produknya sendiri; Sambal King. Tetapi malangnya bisnes tersebut juga tidak berjaya dan ‘followers’ di channel RASAPOP juga menurun.
Pada umur 27, beliau menampilkan diri kali pertama di hadapan kamera dan belajar untuk meningkatkan lagi keyakinan dirinya.
Siapa sangka nasibnya berubah, daripada hanya dengan 100 lebih followers di sosial media, mencanak naik sehingga 2 million dan akhirnya sekarang menjadi 4 million dengan memuat naik video-video resepi memasak secara konsisten.

Jualan Sambal Nyet keluarannya juga berjaya mencecah lebih 7 jutaan ringgit.
Selepas mengharungi 10 tahun yang penuh dengan cabaran, kini nama Khairul Aming sentiasa membasahi bibir rakyat Malaysia.
Semoga kisah Khairul Aming ini menjadi sebagai suatu inspirasi, membakar semangat agar tidak mudah berputus asa.