Penjelasan Sains Kenapa Buah Zaitun Berkhasiat?
Buah zaitun, atau nama botani dia Olea europaea, memang cukup dikenali, terutama kat kawasan Mediterranean. Tapi tau tak, antara tempat yang paling banyak tanam buah zaitun ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia, dan Morocco.
Dari sudut perspektif sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikenali sebagai “monounsaturated”, yang boleh merendahkan kolesterol jahat dalam darah. Ada satu kajian oleh pakar-pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, yang melihat kaitan antara kanser dan pemakanan. Mereka dapati negara yang banyak makan daging dan kurang sayur-sayuran, ada risiko tinggi untuk mendapat kanser. Tapi, pengambilan minyak zaitun dapat mengurangkan risiko tu.
Dalam satu artikel di Annals of Oncology (10 Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan minyak zaitun boleh mengurangkan risiko kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid’ yang ada dalamnya.
Minyak zaitun juga kaya dengan phenol yang ada antioksidan tinggi, boleh mencegah radang dan pembekuan darah. Sebab tu, ia bagus untuk mencegah penyakit jantung. Selain tu, minyak zaitun juga digunakan dalam produk kecantikan. Banyak syarikat kosmetik guna minyak zaitun sebab ia boleh melembutkan kulit, melambatkan proses penuaan, dan merawat masalah kulit macam ekzema.
Minyak zaitun juga bagus untuk tingkatkan metabolisma. Kajian menunjukkan minyak zaitun dalam diet boleh memperbaiki masalah sindrom metabolik macam keradangan, gula darah tinggi, dan kolesterol jahat. Sebaliknya, ia meningkatkan kolesterol baik dalam darah.
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E dan antioksidan yang boleh melindungi kulit dari pencemaran. Ia juga boleh merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit serius macam psoriasis dan kanser kulit. Bagi rambut pula, minyak zaitun boleh membantu mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur, dan menjaga kesihatan kulit kepala.
Ada banyak lagi cerita tentang buah atau minyak zaitun ni yang belum saya kupas habis. Malah, kajian-kajian terus dijalankan untuk mencari rahsia-rahsia yang masih belum terbongkar. Yang pasti, apabila Al-Quran dah pastikan pohon, buah, dan minyak zaitun ni diberkati, maka sebagai Muslim, tak ada keraguan lagi untuk menggunakannya. Semoga kita mendapat manfaatnya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
Oleh: Aisyashuib