
Habbatus Sauda Diamalkan Sejak Zaman Mesir Purba ?
Boleh dikatakan Iya,
Kajian arkeologi tidak menyatakan sejak bila penanaman Nigella Sativa ini bermula. Namun bijinya ada dijumpai di beberapa tapak galian Mesir purba seperti makam Tutankhamun.
(Pemerintahan pada 1333 SM – 1323 SM dalam Dinasti Kelapan Belas)
Pada masa tersebut, ubat-ubatan herba sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam menangani penyakit berjangkit. Pelbagai kajian perubatan herba mengenai rawatan koronavirus SARS (sebelumnya SARS-CoV). Terdapat bukti klinikal bahawa ubat-ubatan herba mempunyai kesan yang baik. Ia mempunyai sifat mampu merawat dan mencegah wabak penyakit dengan beberapa hasil yang jelas ketara.
Antara jenis herba tersebut ialah ialah Bijian Nigella Sativa (Habbatus Sauda).
Banyak kajian menunjukkan bahawa bijian Nigella Sativa ini dan unsur aktif utamanya, Thymoquinone sangat berkesan terhadap pelbagai penyakit termasuk penyakit kronik. Ia juga sangat berkesan kepada penyakit berjangkit akibat jangkitan bakteria, kulat, parasit, dan virus.
Lebih-lebih lagi, sifat antioksidan yang kuat dalam bijian berharga ini baru-baru ini.telah mendapat perhatian dunia. Potensi dan peranannya sebagai makanan tambahan kepada situasi berkaitan dengan virus sedikit sebanyak menmbuka mata para pengamal perubatan.
Situasi Pesakit COVID 19 ialah berlakunya pengaktifan sistem imun berlebihan. Ia digambarkan sebagai ribut sitokin (reaksi imun yang teruk di mana tubuh melepaskan terlalu banyak sitokin ke dalam darah terlalu cepat). Sitokin ini memainkan peranan penting dalam tindak balas imun yang normal, tetapi boleh membahayakan jika sejumlah besar pelepasannya ke dalam tubuh.
Ribut sitokin boleh terjadi akibat jangkitan, ‘autoimune diseases’, atau penyakit lain, yang menyebabkan kegagalan organ. Situasi yang teruk kepada jangkitan virus ini dan ribut sitokin (boleh menjadi teruk atau mengancam nyawa dan mengakibatkan kegagalan banyak organ yang disebut hipercytokinemia).
Keperluan kepada ventilator dapat dielakkan dengan rawatan imunomodulator awal dan agresif. Bahan aktif dalam Nigella Sativa dan minyaknya telah menunjukkan kesan imunomodulator yang bermanfaat melalui peningkatan tindak balas imun dalam tubuh badan manusia.
Maka, jom lah kita mula beramal dengan minyak daripada perahan Bijian Habbatus Sauda ini hari ini untuk manfaat kesihatan tubuh badan.