
Healing Kejap dari Kerja Dekat Tempat-tempat Ni!
Dengan kesibukan kehidupan modern dan kerja yang tiada kesudahan, kita seringkali lupa untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan badan dan mental kita. Adalah penting untuk kita meluangkan masa untuk berehat dan bercuti.
Malaysia mempunyai beberapa tempat menarik untuk anda ‘healing’ daripada kerja.

- The Banjaran Hotsprings Retreat, Ipoh.
Dengan sumber air panas yang semulajadi, The Banjaran Hotsprings Retreat ini menawarkan suasana yang tenang di tengah-tengah alam. Ianya mempunyai spa mewah dan pelbagai program wellness yang lengkap. Tempat ini adalah tempat yang sesuai untuk sesi healing anda.
- Titi Eco Farm Retreat, Jelebu, Negeri Sembilan
Titi Eco Farm Retreat yang terletak di tengah perkebunan sayur organik ini adalah tempat yang sempurna untuk anda melapangkan anda. Ditemani oleh udara segar, pemandangan hijau yang memukau dan aktiviti-aktiviti seperti yoga dan meditasi, mampu untuk membantu anda untuk menenangkan jiwa.
- Pantai Cenang, Langkawi
Pantai Cenang adalah salah satu pantai terindah di Pulau Langkawi. Anda boleh bersantai-santai sahaja di sini dengan pasir putihnya yang lembut dan pemandangan matahari terbenam yang begitu cantik.
- Kundasang, Sabah
Disini anda boleh melihat kemegahan Gunung Kinabalu dalam suasana yang tenang dan menyegarkan. Selain daripada itu, Kundasang, Sabah menawarkan aktiviti-aktiviti outdoor yang menarik seperti ‘birdwatching’ dan ‘trekking’. Anda juga boleh melawat Desa Dairy Farm dan Poring Hot Springs.
- Janda Baik, Pahang
Suasananya yang tenang dan harmoni menjadikannya sebagai suatu tempat yang ideal untuk lari daripada kesibukan hidupan harian di bandar. Janda Baik menawarkan pemandangan alam yang indah, kaya dengan flora dan fauna dan air terjun sebagai tarikan.
Jadi kalau anda berasa tertekan dan perlukan istirehat, anda boleh sahaja lawati tempat-tempat ‘healing’di atas!