
Khasiat Buah Delima yang Jarang Didengari
Buah delima dan khasiatnya.
Buah delima sememangnya terkenal sebagai buah yang kaya dengan zat dan khasiat. Bukan sahaja berkhasiat, malah enak dimakan begitu saja atau diminum sebagai jus.
Rupa bentuk buah delima adalah bulat dan kemerah-merahan. Isinya berbiji-biji merah pekat. Buah delima sebenarnya berasal dari Timur Tengah. Namun kini, buah delima juga ditanam secara tempatan di Malaysia.
Berdasarkan kajian, buah delima mengandungi banyak nutrisi yang bagus untuk badan kita. Ia juga mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang rendah. Antara kandungan nutrisi buah delima adalah:
- Vitamin C
- Vitamin K
- Vitamin B
- Fosforus, magnesium, kalsium
- Zink, zat besi
- Serat
Kandungan nutrisi buah delima ini sememangnya berkhasiat. Namun begitu, apakah manfaat buah delima untuk badan kita? Buah ini memberi manfaat pada kesihatan badan serta kecantikan kulit.
Anti-radang yang berkesan
Buah delima mempunyai sifat anti-radang yang berkesan. Ini kerana ia mengandungi punicalagin, iaitu anti-oksidan yang terdapat dalam buah dan kulit delima.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima boleh mengurangkan aktiviti keradangan di pelbagai bahagian badan. Antaranya seperti keradangan di saluran pencernaan, bahagian yang diserang kanser serta sel-sel kanser.
Mencegah penyakit kanser
Kajian saintifik menunjukkan bahawa ekstrak delima boleh melambatkan pembiakan sel kanser dan juga menbunuh sel dalam sel-sel kanser. Secara tidak langsung, ia membantu menghalang pertumbuhan kanser dan menurunkan risiko kematian.
Buah delima boleh mencegah kanser prostat di kalangan lelaki. Ia membantu mengurangkan tahap Prostate Specific Antigen (PSA).
Selain itu, buah delima juga berkhasiat untuk mengelakkan kanser payudara. Kajian mendapati bahawa ekstrak delima boleh menghalang pembiakan sel-sel kanser payudara dan melawan sel tersebut dari terus merebak.
Menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi
Seperti yang diketahui, buah delima mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang sangat rendah rendah tetapi kaya vitamin dan mineral. Oleh itu, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi secara semulajadi. Secara tidak langsung, ia dapat melindungi jantung dari penyakit.
Bagus untuk ibu mengandung dan bayi
Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dengan mengamalkan jus delima, ibu mengandung boleh mendapat nutrisi asid folik yang tinggi. Ia bagi memastikan bayi dalam kandungan sentiasa sihat sehingga saat kelahiran.
Jus delima boleh meningkatkan sistem imun badan, terutama bagi bayi dan kanak-kanak. Ini kerana ia kaya dengan vitamin C yang membantu sistem imun badan melawan penyakit.
Mengatasi masalah kulit
Bintik hitam dan masalah kerosakan kulit merupakan masalah kulit yang membimbangkan. Buah delima boleh melindungi lapisan kulit luar. Selain itu, ia juga boleh memperbaiki sel kulit dari dalam dan menyembuhkan luka.
Menghilangkan jerawat
Buah delima yang kaya dengan vitamin C, mampu menggalakkan pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Malahan lagi, ia mampu mengatasi masalah pencernaan dan meningkatkan peredaran darah menjadi lebih sihat. Dengan itu, membantu menghilangkan jerawat.
Mengatasi kulit kering
Khasiat buah delima boleh meresap ke dalam kulit. Kemudian, melembapkan kulit secara semula jadi dan menghasilkan efek kulit wajah yang glowing.
Melambatkan proses penuaan
Anti-oksidan merupakan sifat buah delima. Dengan mengamalkan pengambilan buah delima atau jus delima secara konsisten, ia dapat meremajakan kulit dan melambatkan proses penuaan kulit wajah.
Olive House
Kini, anda sudah tahu seribu satu khasiat buah delima. Ia mengandungi pelbagai manfaat untuk kesihatan mahupun kecantikan.
Buah delima boleh dinikmati secara segar, atau diperah menjadi jus. Namun, di manakah anda boleh dapatkan pati dan jus delima asli? Jangan risau, anda boleh dapatkan dengan mudah di Olive House.
Dengan hanya menggunakan bahan semulajadi, anda boleh amalkan pati dan jus buah delima keluaran Olive House tanpa ragu-ragu. Pati dan jus buah delima 100% asli dan organik, tanpa gula tambahan, bahan pengawet atau perasa tambahan.
Dapatkan segera pati dan jus buah delima di Olive House, dan lihat sendiri kesan pada badan dan kulit anda.