Kulit Cantik dengan Madu
Madu selalunya dikenali sebagai pembekal tenaga segera dan seringkali disarankan oleh pakai nutrisi kepada para atlet. Tetapi, tahukan anda bahawa madu juga adalah baik untuk penjagaan kulit?
Madu mempunyai manfaat dan kelebihan untuk membunuh bakteria dan menyembuhkan luka. Ianya seringkali digunakan untuk kecantikan kulit termasuklah untuk jerawat juga.
Akan tetapi, masalah jerawat yang berlaku akibat ketidakseimbangan hormon ataupun tidak berpunca daripada masalah bakteria, tidak dapat dibantu oleh madu.
- Pencuci Muka Madu
Madu mempunyai kandungan enzim yang apabila dicampur dengan air, ianya akan menjadi lebih lembut. Kemudiannya mampu untuk membersihkan muka daripada kotoran dari dalam dan membantu untuk melempabkan dan melembut kulit wajah.
- Mengecilkan pori
Kandungan asid yang terdapat di dalam madu juga bertindak sebagai antibakteria. Ianya mampu untuk membantu membersihkan kulit wajah daripada bakteria dan mengecilkan pori-pori yang terdapat pada wajah.
- Awet Muda
Kulit menjadi lebih segar, bersih dan lembap jika madi diambil secara konsisten. Ini kerana nutrisi-nutrisi yang ada di dalam madu seperti magnesium, kalsium dan juga potassium membantu untuk kulit sentiasa kelihatan muda seperti remaja dan melambatkan proses penuaan.
Pengamalan diet yang sihat juga memainkan peranan yang penting dalam penjagaan kulit. Diet yang sihat, kebersihan terjaga dan juga kerap melakukan senaman fizikal adalah antara faktor faktor untuk penjagaan kulit yang bagus.
Untuk artikel-artikel lain yang berkaitan dengan tips kesihatan, kerohanian dan juga topik-topik menarik yang lain, anda boleh layari laman web https://aafiyatcommunity.com/.