
Mental Koyak Sebab Kerja. Ini Cara untuk Handle Stress Anda!
Kerja lah ceruk mana pun, kerja apa sekalipun, kita mesti takkan lari daripada stress. Disebabkan tekanan kerja, ada yang sampai abaikan kesihatan diri, keluarga sendiri pun tak terurus, malah yang lebih teruk ada yang sampai berdepan dengan masalah mental iaitu depresi atau kemurungan. Akibatnya, bye-bye je lah pada syarikat kita bekerja tu.
Memang ‘koyak’ rasa otak dan badan bila stress menguasai diri. Tapi, apa boleh kita buat? Kalau tak kerja, siapa pula nak tanggung? Jadi, kita harus cekal dan kuatkan semangat!
Agak-agak rasa nak meroyan, tarik nafas dan bawa bertenang. Jom amalkan cara-cara ni untuk handle stress korang.
- Ambil Masa Rehat Yang Cukup:
Beri diri anda peluang untuk berehat dan menyegarkan minda. Makan tengahari dengan tenang, keluar sebentar untuk berjalan, atau lakukan aktiviti yang menyenangkan untuk melepaskan tekanan.
- Berinteraksi dengan Rakan Sekerja:
Jangan simpan stres untuk diri sendiri. Berbual dengan rakan sekerja atau minta nasihat dari mereka yang mungkin telah menghadapi situasi yang sama.
- Lakukan Aktiviti yang Disukai
Amalkan aktiviti yang membantu anda mengurangkan stres di luar waktu bekerja. Ini termasuk senaman, hobi yang menyeronokkan, atau menghabiskan masa dengan keluarga dan sahabat.
- Cari Bantuan Profesional Jika Diperlukan:
Jika stres terus berlarutan dan mengganggu kehidupan seharian anda, pertimbangkan untuk mendapatkan bantuan profesional dari seorang kaunselor atau pakar psikiatri.
Semoga tips ni bermanfaat untuk anda semua. Ingat, jaga diri… jaga kesihatan mental anda❤️