Minyak Zaitun Membantu Menghilangkan Jerawat?
Pelbagai petua dan kaedah yang boleh diguna pakai dalam menyembuhkan masalah kulit berjerawat. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan minyak zaitun. Mengapa minyak zaitun? Kenali ciri – ciri minyak tersebut dan cara menggunakannya;
Ciri – ciri minyak zaitun
- Minyak zaitun mengandungi ‘polyphenols’ sejenis antioksida yang berkuasa membantu menyembuhkan kulit berjerawat dengan pantas, membantu melawan radikal bebas dan membantu mengekalkan kelembapan kulit
- Memiliki kandungan anti bakteria dan membantu menyingkirkan bakteria penyebab jerawat. Selain itu, ia membantu mencegah dari keadaan jerawat bertambah parah akibat dari jangkitan bakteria
- Ia turut mengandungi anti radang yang dapat menghentikan kesakitan dan keradangan pada kulit yang ditumbuhi jerawat
- Tinggi dengan kandungan Vitamin E dan lemak asid yang membantu meningkatkan kesihatan kulit dari masa ke semasa
Bagaimana menggunakan minyak zaitun untuk membantu merawat jerawat:
Kaedah 1:
- Tuang minyak lebih kurang satu sudu ke tapak tangan.
- Sapu pada kulit wajah yang telah dibersihkan dengan pembersih wajah.
- Biarkan selama setengah jam dan bersihkan dengan menggunakan air suam
- Boleh dibiarkan semalaman dan cuci keesokan paginya
Kaedah kedua:
- Bancuh satu sudu minyak zaitun bersama satu sudu baking soda
- Sapu pada wajah dan urut secara perlahan – lahan selama 10 minit dan biarkan ke 30 minit
- Bersihkan wajah dengan air yang bersih
Kaedah ketiga:
- Gunakan ¼ minyak zaitun dan satu cawan garam.
- Kacau hingga sebati dan sapu pada wajah sambil wajah diurut – urut secara perlahan – lahan
- Biarkan selama 5 – 10 minit. bilas dengan air bersih