Nak Sihat? Minum 3 Gelas Jus Delima Setiap Hari
Buah delima kaya dengan antioksida yang dikenali sebagai ‘punicalagin’, yang bertindak membantu meningkatkan kesihatan manusia dan membantu mencegah penyakit kronik yang ditakuti di seluruh dunia seperti kanser, sakit jantung, strok ataupun kecacatan kognitif.
Menurut kajian yang pernah diterbitkan dalam jurnal kajian pharmacological yang mengukur keberkesanan jus delima terhadap paras tekanan darah tinggi (systolic dan diastolic), mereka menemukan individu yang sering minum jus delima dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi systolic. Ini termasuklah dengan usaha mengubah corak pemakanan mereka dengan mengurangkan pengambilan garam.
Disamping itu, kajian tersebut melakukan catatan kekerapan pengambilan jus delima oleh setiap individiu berdasarkan mengambil jus delima sama ada kurang dari 12 minggu, lebih dari 12 minggu atau individu yang minum dengan jumlah sedikit atau minum lebih dari tiga gelas sehari. Hasilnya kajian mendapati, untuk memastikan paras diastolic tekanan darah turun, seseorang itu harus minum jus delima lebih dari tiga gelas dalam sehari dan diambil secara berterusan.
Lebih menarik lagi, jus delima memberikan kesan yang sangat cepat dalam melawan masalah radang dalam tubuh manusia walau hanya mengambil jus delima dalam jumlah lima auns sehari selama dua minggu!
Kuasa antiradang yang dimiliki dalam jus delima tidak hanya berjaya membantu menurunkan paras tekanan darah tinggi, ia berupaya membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti kanser payudara, prostat dan mengawal masalah arthritis.
Tidak cukup dengan itu, masalah radang dalam kawasan mulut seperti gingivitis dan periodontitis dapat diatasi dengan mudah kerana jus delima turut mengandungi anti bakteria.
Buat mereka yang mengalami masalah lemah daya ingatan, pengambilan jus delima sebanyak lapan auns setiap hari membantu meningkatkan memori dan mencergaskan minda.
Kesimpulannya, jika kita menghargai diri sendiri kita tidak akan mensia – siakan kesihatan dan kecantikan yang Tuhan berikan tanpa berbuat apa – apa. Kita boleh mengekalkan kesihatan yang dimiliki sekarang dengan mengambil jus delima setiap hari sebanyak tiga gelas sehari seperti yang telah disyorkan dalam kajian tersebut. Dan ingatlah, mencegah lebih baik dari merawat.