
PKP Datang Lagi? Jom lakukan 7 aktiviti ini!
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengawal penularan Covid-19 yang membimbangkan kini.
Dalam masa dua minggu perintah kawalan ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi sahaja bagi menyekat penyebaran wabak ini.
Usah panik! Mari kita sama-sama bekerjasama melandaikan lengkung kadar kes harian wabak ini dengan duduk di rumah!
Pada fasa ini pastinya akan membuat anda tidak keruan.
Rasa bosan pastinya akan menyerang anda ketika terkurung di rumah. Lama kelamaan pastinya mampu membahayakan kesihatan mental dan fizikal anda.
Bagaimana hendak hilangkan rasa bosan? Tidak tahu hendak lakukan aktiviti apa di rumah bersama ahli keluarga?
Anda boleh cuba aktiviti-aktiviti ini bersama ahli keluarga.
Gotong royong
Sebelum ini pasti anda sibuk di tempat kerja dan tiada masa untuk membersihkan halaman rumah.
Ha! Inilah masanya untuk bergotong-royong membersihkan kawasan rumah anda.
Bukan sahaja mengindahkan pemandangan halaman rumah bahkan dapat elakkan kawasan pembiakan nyamuk aedes terutamanya.
Persekitaran rumah bersih, bebas dari penyakit.
Origami
Tahukah anda bahawa origami merupakan aktiviti yang mampu meningkat kreativiti anda?
Di samping dapat meningkat daya kreativiti, ia juga boleh dijadikan hiasan dan dekorasi rumah anda.
Selepas selesai aktiviti ini, jangan lupa mengemas dan kutip sampahnya ya!
Cuba resipi baharu bersama keluarga
Masak bersama dan cuba resipi baru
Di kala pandemik ini pastinya tahap kesedaran masyarakat akan kepentingan menjaga kesihatan semakin meningkat.
Jom kita sediakan masakan yang seimbang dan sihat bersama ahli keluarga. Contohnya, anda mungkin boleh membuat inovasi dari resipi yang sedia ada seperti menyediakan salad buah-buahan versi anda.
Yang paling penting ia segar dan berkhasiat !
Anda boleh bereksperimen untuk menghasilkan resipi baharu! Jika ia sedap, berkemungkinan boleh dijadikan pendapatan tambahan anda.
credit: tiktok @mohdzarindotcom
Senaman
Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari sangat baik untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Aktiviti mudah seperti bermain ‘skipping’ juga sesuai dilakukan bersama-sama ahli keluarga dan wujudkan persaingan yang sihat.
Berteka-teki atau bina sesuatu dari bahan-bahan lego.
Bagi kanak-kanak, pastinya aktiviti berat tidak mampu dilakukan. Jadi, aktiviti ini boleh dijadikan alternatif di samping mampu tingkatkan daya kreativiti kanak-kanak dan ianya menarik.
Lakukan kerja-kerja rumah bersama ahli keluarga.
Bantulah ibu atau isteri anda melakukan kerja-kerja rumah. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Jangan dilihat sahaja!
Bantu anak-anak anda selesaikan kerja sekolah mereka.
Ketiadaan guru di depan mata pastinya akan merendahkan motivasi diri anak-anak kita untuk belajar. Jadi, bantu dan bimbinglah mereka untuk menyelesaikan kerja sekolah.
Sebenarnya terlampau banyak aktiviti yang sesuai dilakukan bersama-sama ahli keluarga bagi mengisi masa yang terluang.
Terpulanglah kepada anda untuk memilih aktiviti apapun, yang paling penting perlu jaga kesihatan diri dan keluarga tatkala duduk di rumah!
Di waktu pandemik seperti ini, kita disarankan supaya sentiasa mengikut garis panduan ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) walau dimanapun kita berada.
Pakailah pelitup muka, menjaga jarak dan kerap sanitasi tangan setiap kali berkunjung ke tempat orang ramai.
Di samping itu, Amalkan 1 sudu teh Madu Gunung Kyrgyzstan, di ambil bersama 1/2 sudu teh (2.5ml) Minyak Habbatus Sauda sebanyak 2 kali sehari.
Boleh diambil terus atau dibancuh dengan air suam. Sudu kecil ya bukan sudu besar.
Untuk pengetahuan semua, banyak kajian yang telah dilakukan tentang kebaikan Minyak Habbatus Sauda atau Nigella Sativa ini.
✅ Minyak Habbatus Sauda sangat terkenal dengan sifatnya yang menyokong sistem imuniti badan (Islam M. N. et al., 2020).
✅ Bahan aktif dalam Minyak Habbatus Sauda dikenali sebagai Thymoquinone (TQ). Pencarian dalam talian PubMed, Scopus dan Google menunjukkan sekurangnya terdapat 288 artikel dan kajian mengenai peranan TQ dalam menyokong sistem imuniti tubuh. (Shaterzadeh-Yazdi et al., 2018).
✅ TQ terbukti mempunyai peranan “Immuno-modulatory” di mana ia membantu tubuh mengawal atur tindak balas imuniti tubuh terhadap jangkitan. (Manoharan et al., 2021)
✅ Hasil yang diperoleh melalui dokumentasi molekul pula menunjukkan bahawa sebatian utama dari Habbatus Sauda (Nigellidine) juga yang boleh menghalang COVID-19 dengan kesan yang sama atau lebih baik berbanding dengan ubat-ubatan di bawah ujian klinikal menjadikan ianya sangat berpotensi sebagai langkah pencegahan COVID19 (Bouchentouf, S., & Missoum, N. 2020).
Dengan ini, insyaAllah tubuh mampu melawan jangkitan dengan lebih baik di samping usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk melandaikan lengkung kes jangkitan.
Sayangi Diri & Keluarga Anda !
Rujukan:
- Islam, M. N., Hossain, K. S., Sarker, P. P., Ferdous, J., Hannan, M. A., Rahman, M. M., . . . Uddin, M. J. (2020). Revisiting pharmacological potentials of Nigella sativa seed: A promising option for COVID ‐19 prevention and cure. Phytotherapy Research, 35(3), 1329-1344. doi:10.1002/ptr.6895
- Shaterzadeh-Yazdi, H., Noorbakhsh, M., Hayati, F., Samarghandian, S., & Farkhondeh, T. (2018). Immunomodulatory and Anti-inflammatory Effects of Thymoquinone. Cardiovascular & Hematological Disorders-Drug Targets, 18(1), 52-60. doi:10.2174/1871529×18666180212114816
- Bouchentouf, S., & Missoum, N. (2020). Identification of Compounds from Nigella Sativa as New Potential Inhibitors of 2019 Novel Coronasvirus (Covid-19): Molecular Docking Study. doi:10.26434/chemrxiv.12055716
- Manoharan N, Jayamurali D, Parasuraman R, Govindarajulu SN. Phytochemical composition, therapeutical and pharmacological potential of Nigella sativa: a review. Tradit Med Res. 2021;6(4):32. doi:10.12032/TMR20210118216