
Rahsia Azizah Ariffin Tampak Cantik, Muda dan Jelita Walau Usia Mencecah 50 Tahun
Wah, memang betul-betul cantik dan jelita kan Kak Azizah kita ni. Wajah ayu Azizah Ariffin mula dikenali dan melekat di mata rakyat Malaysia sekitar tahun 1996-2016 apabila Azizah mula berkhidmat bersama TV3.
Memulakan karier sebagai pembaca berita di RTM dari 1990-1995 sebelum bertukar kepada TV3. Karier Azizah berkembang dari pembaca berita kepada pengacara untuk beberapa rancangan TV3 terkenal termasuk Nona dan Wanita Hari Ini (WHI). Dan sejak 2017, Azizah berkhidmat di TV AlHijrah.
Dengan perwatakan manis & lembut, siapa sangka tahun 2019 wanita ini akan memasuki usia 50 tahun pada Jun nanti. Berpenampilan menarik dan kekal langsing menjadikan Azizah kelihatan sangat muda dari usia sebenar.
Tentunya ramai wanita di luar sana ingin tahu rahsia penjagaan serta petua yang diamalkan Azizah. Dengar-dengar, antara yang paling dititikberatkan oleh Azizah ialah cara pemakanan yang betul serta pemilihan makanan yang tepat.
Azizah juga terinspirasi dari seorang tokoh nutrisi antarabangsa, Prof Dr Muhammed Faid yang menjadikan Rasulullah sebagai ‘role model’ dalam mendapatkan kesihatan terbaik. Antara amalan beliau adalah minum minyak zaitun asli setiap hari.
Pengambilan minyak zaitun dikalangan masyarakat Malaysia masih rendah jika dibandingkan dengan masyarakat Mediterranean. Dari sudut nutrisi, minyak zaitun merupakan sumber lemak yang baik di mana tubuh manusia perlukan setiap hari. Selain dari karbohidrat seperti nasi, minyak zaitun juga mampu memberikan tenaga.
Selain dari itu, dalam minyak zaitun terdapat bahan semulajadi yang bersifat antioksida, anti-keradangan dan juga anti kanser. Sifat-sifat ini sebenarnya banyak menyumbang kepada perlindungan dari penyakit kardiovaskular seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan juga kanser.
Antioksida juga dikatakan sangat bermanfaat kepada kulit dan boleh meremajakan kulit (awet muda). Malah ada yang menggunakan minyak zaitun sebagai masker untuk miliki kulit lembut dan bersih.
Tidak hairanlah mengapa beliau tampak begitu muda dan jelita. Betul kata pakar, sekiranya kesihatan dalaman kita terpelihara, ianya juga memberi manfaat kepada luaran seperti kulit dan penampilan fizikal kita.
Memetik perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad mengatakan bahawa, minum minyak zaitun juga membantu kita rasa kenyang yang panjang. Ini sebenarnya bagus bagi mereka yang sedang berdiet. Tambah-tambah yang nak turunkan berat badan.
Namun, anda jangan keliru dan terburu-buru tanpa mengkaji dan dapatkan sedikit ilmu sebelum beramal. Pastikan yang minyak zaitun yang betul-betul asli serta berkualiti baru beli. Kerana dalam pasaran terdapat pelbagai jenis dan gred di mana sindiket penipuan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan ianya sukar dikawal. Ada yang menjadikan warna botol sebagai dakyah marketing semata-mata dan mengabaikan nilai khasiat (antioksida) dalam sesuatu minyak zaitun.
Minyak zaitun yang dimaksudkan oleh Azizah adalah dari jenis extra virgin. Banyak kajian menunjukkan betapa tingginya nilai khasiat minyak zaitun yang mampu memberi manfaat kepada kesihatan manusia. Pengambilan yang disarankana adalah dua kali sehari. Satu sudu besar pada waktu pagi sebelum makan dan sekali lagi sebelum masuk tidur.
Selain daripada itu, beliau juga kongsikan bahawa pengambilan buah kurma dan jus delima organik adalah antara amalan harian beliau. Makanan-makanan yang disebut jelas dalam Al-Quran sememangnya sangat berkhasiat kepada kesihatan manusia. Dalam masa yang sama, elakkan makanan berproses dan makanan segera kerana ianya mengandungi trans-fat dan perasa tiruan yang menjejaskan kesihatan kita.
So kepada pembaca yang inginkan kulit cantik, jelita dan awet muda seperti Azizah Arifin bolehlah mula amalkan minyak zaitun asli setiap hari dan dalam masa yang sama jaga pemakanan harian. Apabila kesihatan dalaman kita dipelihara, sudah tentu hajat untuk miliki wajah cantik, jelita dan kelihatan muda secara semulajadi boleh dicapai.
Dapatkan info lebih lanjut tentang minyak zaitun asli. [klik di sini]
Ikuti instagram beliau untuk lebih tips-tips amalan gaya hidup sihat. [klik di sini]