Sihat dengan Beras Rebus/ Parboiled Rice
Seperti kita semua tahu, beras ada pelbagai jenis dan kelebihan yang berbeza. Lebih-lebih lagi di Malaysia, nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan orang. Antara yang terkenal adalah beras putih untuk nasi berlauk, beras basmathi untuk masak nasi yang berempah, beras pulut dan pulut hitam untuk membuat kuih. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada satu beras yang jauh lebih baik daripada beras putih? Ianya adalah beras rebus.
Apa itu Beras Rebus/Parboiled Rice?
Beras rebus adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Ini menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap. Khasiat beras rebus ini lebih baik daripada beras perang.
Antara khasiat beras rebus ialah :
1. Mempunyai kadar glisemik yang rendah
Apa itu kadar glisemik? Kadar glisemmik adalah skor yang menunjukkan keupayaan karbohidrat di dalam makanan untuk meningkatkan tahap glukos di dalam darah.
Maksudnya disini, lebih tinggi kadar glisemik, lebih tinggi keupayaan untuk gula di dalam darah untuk naik. Menariknya, kadar glisemik nasi rebus ini lebih rendah daripada beras perang. Sememangnya pilihan yang paling bagus untuk orang yang mempunyai penyakit kencing manis dimana mereka harus memantau bacaan gula didalam darah.
2. Mempunyai kalori yang rendah
Menjaga pengambilan kalori adalah salah satu kunci bagi orang yang ingin menurunkan berat badan mereka. Kalau anda masih mahu memakan nasi akan tetapi risau dengan kiraan kalori, jangan risau lagi kerana beras rebus ini sememangnya rendah kalori. Ini kerana dengan setengah cawan nasi yang dah dimasak, kalori nasi tidak kurang dari 100 kalori. Bukan sahaja bagus untuk orang yang ingin menurunkan berat, malah ianya pilihan terbaik untuk seisi keluarga untuk mengamalkan gaya pemakanan yang lebih sihat.
3. Kaya dengan vitamin B
Selain itu juga, beras rebus ini kaya dengan vitamin B dimana ia sangat diperlukan oleh badan. Pengambilan vitamin B sangat penting ini kerana ia akan menukar makanan yang dimakan ke tenaga yang diperlukan untuk badan. Dengan memasukkan nasi rebus ke dalam diet harian anda, badan akan mendapat kebaikan daripada vitamin B dengan secukupnya.
4. Mineral yang tinggi
Beras parboil atau beras rebus ini mempunyai kandungan mineral yang tinggi iaitu kalsium, iron, dan magnesium. Sumber mineral yang cukup juga membantu untuk mendapat badan yang sihat. Kalsium sangat penting untuk pembentukan tulang yang sihat serta gigi yang kuat. Pengambilan iron yang cukup juga membantu membawa oksigen ke dalam darah dengan lebih baik.
Memang banyak kebaikan serta nutrien yang amat diperlukan untuk badan di dalam beras rebus ini. Jadi jangan ingat kalau anda sedang berdiet, langsung tak boleh makan nasi. Pilih jenis nasi dengan betul dan beras rebus ini merupakan pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bukan mereka yang ingin diet sahaja, malah beras ini juga baik untuk penyakit kencing manis.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad