Tiada Istilah ‘Bisnes Rugi tapi Survive’
Tiada Istilah “Bisnes Rugi Tapi Survive” Pada Saya.
Buat Bisnes bukan boleh nak cuba-cuba atau nak ikut ikut trend semasa. Bisnes mesti mau untung ma!!
Bisnes ni selalu orang nampak senang nak jadi kaya! Katanyalah..Senang ke susah buat bisnes ni?
Bagi mereka yang belum lagi mula bisnes,ramai yang fikir senang jer bisnes ni, asal ada modal!
Bagi mereka yang baru mulakan bisnes, ramai yang fikirkan susahnya nak berbisnes!!
Bagi mereka yang dah berpengalaman, dah pernah rasa jatuh bangun dalam bisnes,mereka rasakan perniagaan itu senang!
Bisnes ni kena ada strategi. Elakkan ‘Mind Set’ bisnes boleh bermula dengan fasa rugi dahulu. Sebolehnya elak fikir bab rugi ni. Maaf Saya nak cakap, Saya boleh sakit telinga,kepala, hati dan satu badan bila dengar perkataan “RUGI”!
Bisnes ialah untuk kita membuat untung. Tugas pendiri bisnes memacu aktiviti bisnes yang dijalankan untuk memberi pendapatan, keuntungan dan manfaat kepada orang lain.
Jika berbisnes asyik nak kena tokok tambah modal peribadi walaupun selepas Dua (2) tahun, eloklah ambik langkah untuk tukar strategi lain.
Ambil pinjaman seeloknya untuk modal pusingan yang mana kita boleh jana lagi pendapatan, kembangkan bisnes, boleh buat lebih untung selain bayar komitmen pinjaman tersebut.
Jangan biasakan ambil pinjaman untuk tampung kerugian, ini boleh menjerat diri umpama meletakkan pisau di leher sendiri!
Ikat perut langsung tak ambik gaji? Terlalu subjektif dan boleh jadi panjang cerita untuk di ulas.
Jika dah tahu bisnes tak berapa nak okay dalam Tiga (3) tahun pertama, boleh fikir untuk tutuplah. Sudah-sudahlah nak bertahan untuk hal yang tak mendatangkan faedah, siap kena tanggung hutang pulak.
Bisnes memang mencabar, tetapi jangan sampai menyusahkan diri ya!
Kredit: Syara Syara