Kekal Segar Sepanjang Hari! Ikuti 7 Petua Kurangkan Panas Dalam
Musim panas ni memang boleh membuatkan kita tak selesa dan boleh menyebabkan suhu badan naik akibat cuaca panas yang tidak menentu. Ini juga membuatkan ramai jatuh sakit dan tak larat menjalani aktiviti harian. Tambah risau, bila tiba-tiba saja anda sakit kepala, rasa tak bermaya kerana haba dalam tubuh.
Jangan biarkan hingga ia boleh memudaratkan diri! Jom ikuti petua-petua yang telah dikongsikan oleh Public Health Malaysia, bagi masyarakat mengatasi dan mengurangkan rasa panas berbahang ini supaya anda rasa lebih segar dan selesa.
CARA MENYEJUKKAN TUBUH BADAN
1. RENDAM KAKI DALAM AIR SEJUK
Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit, ia mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks.
2. BANYAK MINUM AIR KOSONG & MAKANAN MENGANDUNGI AIR
Semasa cuaca panas tingkatkan pengambilan air kosong dan makanan atau buah-buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberry & sup.
3. SAPU LIDAH BUAYA
Lidah buaya boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah. Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk.
Selain menggunakan Lidah buaya asli, anda juga boleh menggunakan Lidah buaya yang telah diproses dalam bentuk mask. Untuk lebih rasa sensasi yang lebih dingin, masukkan mask ke dalam peti ais. Kemudian sapu di muka seperti pakai mask.
4. MAKANAN BEREMPAH
Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantar mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk.
5. MINUM AIR REBUSAN BARLI
Kalau anda demam masa kecil, mesti ibu anda selalu buat air rebusan Barli kan? Haa, kalau nak tahu, air rebusan barli sangat berkesan untuk menurunkan suhu panas ketika demam.
Caranya juga sangat mudah. Beli sepeket barli dari kedai, rebus di atas dapur bersama air kosong sehingga barli tadi mengembang. Semakin lama anda rebus, semakin kembang Barli tadi. Kemudian anda boleh terus minum selepas sejuk.
Semoga petua ini dapat memberi manfaat buat diri anda. Selamat mencuba!
