
Tanya Doktor: Bacaan Tekanan Darah Masih Tinggi Biarpun Aktif Bersukan?
Soalan :
Saya berumur 45 tahun. Saya seorang yang suka ber’jogging’ tetapi dalam 2 bulan ini saya mengalami masalah pening kepala. Seolah-olah badan saya tidak stabil tatkala berdiri agak lama ketika tunaikan solat. ‘Blood pressure’ (BP) juga kadang-kadang tidak stabil terutamanya tekanan diastolik, kadang-kadang melebihi bacaan 110mmHg. Tetapi apabila saya baring, tekanan turun pula. Namun, apabila periksa semula tatkala duduk, tekanan diastolik naik semula. Saya rasa , masalah ini berlaku apabila selepas saya lari dengan sepenuh tenaga sejauh 10km di bawah 1 jam. Semasa balik rumah untuk berehat, saya akan terus pening dan muntah-muntah . Saya telah pergi ‘medical checkup’, tetapi keputusan semua okay sahaja. Untuk makluman, saya telah berhenti merokok sepenuhnya semenjak 2 bulan lepas. Mohon Dr Zubaidi jelaskan punca masalah saya ini. Terima kasih.
Dr. Zubaidi
Family Doctor
Jawapan:
Saya percaya tuan sudah mengalami masalah tekanan darah (hipertensi). Saya cadangkan tuan membuat pemeriksaan tekanan darah setiap hari pada waktu pagi terutamanya selepas bangun tidur dan sebelum waktu tidur pada waktu malam. Rekodkan dan tunjukkan kepada doktor yang merawat. Jika bacaan tekanan darah terlalu tinggi, dapatkan segera pemeriksaan doktor. Rekod ini penting bagi menentukan sama ada tuan perlu mengambil ubat atau tidak.
Tekanan darah yang terlalu tinggi selalunya memberikan gejala pening dan muntah. Ia adalah tanda yang berbahaya kerana ia menunjukkan tekanan dalam kepala (intranial pressure) terlalu tinggi, dan ia boleh menyebabkan ‘stroke‘ apabila saluran darah dalam otak pecah.
Masalah ini tiada kaitan dengan amalan merokok yang telah dihentikan dua bulan dulu. Malah banyak kajian menunjukkan penghentian amalan merokok dapat menurunkan tekanan darah.
Rehat duduk dari aktiviti fizikal yang agresif kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah dalam masa yang terdekat. Dapatkan cukup rehat dan tidur. Minum air kosong secukupnya. Kawal stress dengan baik. Amalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi terutama makanan yang disebut dalam al Quran (yang dinamakan sebagai Quranic Food)
Jom dapatkan ‘Quranic Food’ anda sekarang!