
Imuniti Tubuh Perlukan Sokongan? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Lantaran Pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia telah memungkinkan ramai orang tercari-cari jalan keluar yang mampu bantu untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus tersebut.
Bermula daripada ‘hand sanitizer’, pelitup muka sehinggalah ke pemilihan makanan tambahan kesihatan, telah mendorong orang ramai untuk buat pembelian secara borong, barulah timbul rasa lebih selamat dan dilindungi!
Jika anda masih tercari-cari cara untuk bantu meningkatkan fungsi sistem imuniti tubuh dan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19, Jom Ikuti petua di bawah ini!
Tapi sebelum itu, mari berkenalan dengan sistem imuniti tubuh kita supaya kita lebih memahami peranan dan fungsinya.
Sistem pertahanan badan terdiri daripada jaringan sel, tisu dan organ yang bekerja sama untuk melindungi badan. Sel darah putih yang dikenali sebagai leukosit, adalah sebahagian daripada sistem pertahanan ini.
Umumnya, terdapat dua jenis sel asas yang melawan kuman, iaitu:
Fagosit (phagocyte) – berperanan mencerna kuman yang memasuki badan
Limfosit (lymphocyte) – membolehkan badan mengingati dan mengenali bendasing yang menyerang badan
Leukosit terdapat pada banyak bahagian badan, termasuk limpa dan organ pada perut yang menyaring darah dan membantu melawan jangkitan. Leukosit juga boleh dijumpai dalam sumsum tulang seperti jeli tebal dalam tulang anda.
Sistem pertahanan tubuh kita sudah hebat bukan?
Namun, sistem imuniti tubuh juga memerlukan bantuan daripada makanan kita sehari-harian.. Gandingan ini akan lebih bantu memantapkan fungsi sistem pertahanan tubuh kita.
Nak tahu tak petuanya? Sangat mudah dan praktikal untuk dilakukan.
Antaranya ialah :
Kerap Mencuci Tangan
Apa kaitan mencuci tangan dengan bantu tingkatkan imuniti tubuh?
Secara teknikalnya, memang tidak meningkatkan daya tahan tubuh. Namun, 80% dari jangkitan penyakit berpunca daripada sentuhan.
Amalan mencuci tangan dengan sabun berupaya menghapuskan bakteria dan secara tidak langsung mengurangkan risiko untuk terdedah kepada jangkitan.
Ia juga akan memudahkan kerja sistem imuniti badan daripada bekerja di luar kemampuan. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Waktu Tidur yang Cukup
Dalam konteks kesihatan, tidur adalah kuncinya. Namun, tidur berlebihan bukanlah cara terbaik untuk menjamin kesihatan diri kita.
Kenapa?
Ini kerana tidur yang kurang dapat melemahkan sistem imun diri dan mendedahkan diri kita kepada sesuatu jangkitan.
Tanpa tidur yang berkualiti, badan akan kurang menghasilkan sitokin (cytokine). Ia merupakan sejenis protein yang menyerang jangkitan dan kerengsaan, sekali gus mewujudkan tindak balas imun berkesan.
Diet Pemakanan Sihat
Amalan diet sihat sangat penting bagi kelangsungan hidup yang sejahtera.
Menu Pemakanan Harian yang seimbang serta senaman yang teratur akan menjayakan proses memperolehi gaya hidup yang Aafiyat.
Secara tidak langsung anda telah meningkatkan keberkesanan sistem imuniti tubuh.
Kesimpulannya, sistem imuniti tubuh perlu disokong oleh gaya hidup dan pemakanan kita.

Justeru, dalam usaha memperolehi ‘immune booster’, anda disarankan untuk mengamalkan makanan bernutrisi tinggi seperti Madu, Minyak Habbatus Sauda, Jus Delima, Cuka Buah-buahan Asli dan juga Lemak Sihat daripada Minyak Zaitun bagi menyokong fungsi sistem imuniti tubuh.
Ia juga dapat membantu sebagai bekalan tenaga yang tepu (concentrated source of energy) daripada nutrien jenis Lemak Sihat dan variasi nutrisi lain.
Jadi, Apa tunggu lagi?
Dapatkan Set Ramadan Raya Olive House sekarang!
Tekan segera link ini….
https://aafiyat2u.com/
Rujukan:
- Ismail, W. S. B. W. (2018, July 2). Nutrition and Immunity. PORTAL MyHEALTH. http://www.myhealth.gov.my/en/nutrition-and-immunity/
- heng@fireworks.my. (2021, February 2). Apa Kata Ibu Cuba 5 Tip Ini Untuk Bantu Tingkatkan Imuniti Anak? Enfagrow A+ Malaysia. https://www.enfagrow.com.my/ms/artikel/cara-meningkatkan-imuniti-badan-anak
- Suni, E. (2020, November 19). How Sleep Affects Immunity. Sleep Foundation. https://www.sleepfoundation.org/physical-health/how-sleep-affects-immunity