Batuk Kokol Tidak Sama Dengan Batuk Biasa? Jom Ketahui..
Apa itu Batuk Kokol ? Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai salah satu penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.
Dalam kebanyakan kes, ia sama dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.
Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Namun, adakah kita tahu apakah simptom-simptom batuk kokol? Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.
Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selesema.
Antaranya adalah:
- Hidung berair
- Hidung tersumbat dengan mukus
- Mata merah dan berair
- Demam
- Batuk
Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan sehingga:
- Merangsang untuk muntah
- Menyebabkan muka menjadi merah atau biru
- Menyebabkan kepenatan melampau
- Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.
Jadi sama-sama lah kita menjaga kesihatan diri masing-masing.