Musim Haji Kembali Lagi! Jom Ikuti 5 Tips Ini Sebelum Berangkat ke Tanah Suci
Musim haji kembali lagi! Bagi anda yang bakal bertolak ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji, pasti anda sekarang sedang sibuk membuat persediaan fizikal mahupun mental sebelum berlepas ke sana.
Namun, dalam kita membuat persediaan, terdapat beberapa perkara yang anda harus bersedia sebelum berangkat. Jom ikuti tips-tips ini agar perjalanan Haji Anda lebih mudah dan bermakna.
1. KEADAAN CUACA DAN SUHU DI TANAH SUCI
Sedia maklum bahawa keadaan di tanah suci lebih tinggi suhunya berbanding di Malaysia mahupun Asia. Oleh itu, anda harus bersedia untuk membawa pelembab (yang dibenarkan ketika melakukan ibadah) untuk mengekalkan kelembapan kulit.
Selain itu, pastikan anda cukup minum air supaya tidak kekurangan air dalam badan.
2. PERBEZAAN WAKTU
Sebelum berlepas ke tanah suci, pastikan anda maklum bahawa waktu malaysia dan Tanah Suci mempunyai perbezaan waktu sebanyak 5 jam.
3. ELAKKAN MEMBAWA PAKAIAN TERLALU BANYAK DAN TEBAL
Meskipun anda akan ke Tanah Suci dalam tempoh yang lama (40 hari), pastikan pakaian yang anda bawa tidak terlalu banyak, hanya bawa pakaian yang diperlukan serta tidak terlalu tebal bagi mengelakkan lebihan penggunaan ruang dalam bagasi.
4. PASTIKAN WANG ANDA DISIMPAN DENGAN SELAMAT
Pasti anda membawa sejumlah wang yang banyak untuk ke sana kan? Dalam apa-apa hal sekalipun, pastikan wang anda disimpan dengan rapi. Contohnya, gunakan beg kecil atau sling bag yang melekat pada badan bagi mengelak dari penyeluk saku.
Al maklumlah, dalam kita sibuk beribadah dalam suasana yang ramai orang, kadang-kadang kita tidak sedar apa yang terjadi di sekeliling kita. Jadi, ambil langkah berjaga-jaga dan jaga harta anda dengan selamat okay!
5. GUNAKAN KASUT / STOKIN YANG BERSESUAIAN
Ibadah Haji ini sangat banyak memerlukan kita untuk berjalan. Oleh itu, pastikan anda memakai kasut yang sesuai untuk mengelakkan sakit di tapak kaki. Pastikan juga anda membawa stokin yang mencukupi dan sesuai untuk dipakai. Jika anda mempunyai rasa sensitif pada akibat banyak berjalan ketika tawaf dan Saie, anda boleh juga gunakan stokin tawaf untuk keselesaan ketika menjalankan ibadah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Selamat menjalani Ibadah Haji. Semoga anda memperoleh haji yang Mabrur. Amin…