Change Now! New Year, New Me
Bersempena dengan sambutan tahun baru 2022 ini, pastinya setiap dari kalangan kita akan mula menanam azam baru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Pelbagai matlamat dirancang dan ia sudah semestinya memerlukan satu perubahan kepada rutin kehidupan harian kita untuk mencapainya. Semakin meningkatnya umur kita di era pandemik yang melanda kini menuntut kita untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan pengamalan norma baru di samping mengamalkan corak pemakanan yang lebih sihat, bersenam serta menghentikan tabiat-tabiat buruk dalam rutin harian.
Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi 2019 menemukan bahawa 1 daripada 2 orang dewasa di Malaysia tergolong dalam kalangan mereka yang berlebihan berat badan atau diistilahkan sebagai obes. Fakta ini bukanlah suatu yang tidak perlu diambil cakna tambahan pula semasa pandemik melanda negara, ramai di kalangan kita yang bekerja dari rumah tanpa menjalankan aktiviti fizikal di samping pengambilan menu harian yang berlebihan yang menyumbang kepada masalah ini.
Oleh yang demikian, sempena dengan permulaan tahun baru ini, Olive House melancarkan suatu kempen iaitu “Change Now’ untuk meningkatkan dan menyebarkan kesedaran mengenai obesiti dan penawaran solusi yang bersesuaian mengikut keperluan kesihatan rakyat Malaysia melalui saranan pemakanan yang sihat.
Tabiat pemakanan yang sihat merupakan senjata utama menghadapi obesiti. Bagi mereka yang sudah lama mengamalkan minyak zaitun, sudah pasti tidak asing lagi akan khasiatnya. Tetapi tahukah anda minyak zaitun merupakan sumber lemak sihat yang padat dengan monounsaturated fatty acids? Asid lemak tersebut mampu membantu untuk membuatkan kita rasa lebih kenyang.
Bahkan, suatu kajian yang berdurasi 8 minggu telah mendapati bahawa mereka yang mengamalkan minyak zaitun menunjukkan penurunan berat badan yang lebih ketara daripada mereka yang mengamalkan diet rendah lemak.
Selain minyak zaitun, antara pemakanan lain yang mampu membantu kita mengurangkan berat badan adalah cuka. Cuka mengandungi asid asetik yang membantu untuk menghalang lipid daripada berkumpul di tisu adipos. Secara ringkasnya, cuka boleh membantu menghalang lemak daripada terhasil.
Bukan itu sahaja, cuka buahan asli membantu berpotensi untuk mengurangkan berat badan, indeks jisim badan dan jumlah kolesterol dan trigliserida bagi orang yang sihat dengan masalah obesiti yang ketara.