Azam Nak Kurus Satu Perjuangan Abadi
Dah masuk minggu ke 3 tahun 2022 ni. Azam nak kurus sudah menjadi tradisi azam bawa ke hadapan. Tak mengapa.
Tak menjadi kesalahan pun, sebab kita semua setuju bukan senang nak kurus secara tiba-tiba.Takde istilah gagal. Kalau masih gagal, check semula kat mana silap dan perbaiki semula. Boleh je nak kurus tanpa sekat makanan kegemaran kita.
Apa yang penting adalah:
1. Makan secara sihat, mengikut keperluan dan seimbang.
2. Aktif menjalankan aktiviti fizikal.
3. Tidur yang mencukupi.
4. Urus tekanan dengan baik.
5. Hentikan tabiat buruk seperti merokok, minum minuman beralkohol & tabiat makan lewat malam.
Perjalanan untuk kembali ke berat ideal adalah perjalanan yang berpanjangan. Apa yang kita buat perlu kekal menjadi habit atau gaya hidup (lifestyle). Itulah maksud saya “Azam Nak Kurus Satu Perjuangan Abadi.”
.
Ayuh kita mulakan sekali lagi tahun ini dengan semangat keazaman dan ilmu diet yang betul dan jadikannya sebagai lifestyle.
Change Now kepada Aafiyat Lifestyle!
Good luck semua!
Sumber: Knowledge Management Department, Aafiyat Group