
Dah puas makan ketupat dan rendang? Cuba 5 cara ini, ‘Confirm’ berat turun!
JANGAN biarkan hari raya sebagai punca berat badan semakin meningkat selepas sebulan berpuasa sebaliknya imbangkan dengan aktiviti fizikal untuk membakar semua kalori yang menjadi penyebab penumpukan lemak.
Oleh kerana itu, segera kembalikan berat badan anda ke saiz ideal dan berikut adalah cara menurunkan berat badan yang mudah selepas Aidilfitri.
1. Tetapkan sasaran
Timbangkan berat badan anda dan tetapkan sasaran anda agar dapat mencapainya dalam tempoh tertentu. Sasaran itu juga akan membuatkan anda lebih bermotivasi untuk menjalani diet.
2. Pengambilan makanan seimbang
Pilih makanan bernutrisi seimbang iaitu mengandungi karbohidrat, protein, vitamin dan mineral. Makanan ini penting untuk memenuhi keperluan nutrisi tubuh.
Meninggalkan salah satu komponen itu boleh menyebabkan proses berkenaan menjadi perlahan atau tidak memberi kesan kepada sasaran anda.
3. Senaman
Imbangkan diet anda dengan senaman secara teratur. Ia dapat membantu membakar kalori dengan lebih cepat. Setiap orang dewasa disarankan untuk bersenam 150 minit setiap minggu atau 30 minit, lima kali seminggu.
4. Minum air
Cecair dalam badan sangat penting untuk metabolisme tubuh. Pastikan anda minum air putih yang cukup setiap hari.
5. Rehat yang mencukupi
Rehat cukup membantu seseorang menurunkan berat badan. Ketika anda tidur, tubuh akan memperbaiki sel-sel yang rosak.