Raya Sakan sampai berat naik mendadak? Ini kaedah paling ‘win’ untuk anda kawal berat badan!
Sepanjang sebulan berpuasa pasti ada antara kita yang berjaya mengurangkan berat badan, tetapi persoalannya mampukah ia bertahan sehingga lepas Syawal? Mustahil untuk kita tolak juadah enak seperti lemang, ketupat dan rendang yang terhidang di depan mata.
Disebabkan itu, ada antara kita yang makan ‘sampai tak ingat dunia’. Selepas itu, mulalah salahkan lemang dan ketupat punca berat badan naik. Maka, bermulalah episod bertanya sana sini atau membuka Google untuk mencari tip terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal semula.
Haa, tak perlu serabut. Berikut kami kongsikan lima langkah mudah untuk kurangkan berat badan. Jom cuba!
1. Elak makanan yang diproses
- Amalkan pengambilan makanan sebenar dan segar.
- Ambil makanan daripada sumber protein tanpa lemak seperti ayam, ikan dan sayur-sayuran yang kurang karbohidrat.
- Elak mengambil makanan sejuk beku.
2. Aktiviti sukan
- Paling utama buang sikap pemalas untuk melakukan senaman.
- Cuba cari masa yang sesuai untuk lakukan aktiviti riadah selama 30 minit.
- Kalau boleh tetapkan masa dan disiplin bagi memastikan kita mencapai sasaran.
3. Berpuasa sekejap (Intermittent fasting)
- Untuk praktiskan intermittent fasting, ada beberapa cara.
- Sebagai contoh, 16 jam berpuasa, lapan jam waktu makan atau 20 jam berpuasa, empat jam waktu makan.
- Biarpun terdapat waktu yang dibenarkan untuk makan, tetapi harus amalkan diet seimbang. Jangan main hentam je!
4. Tidur yang mencukupi
- Pastikan anda mendapatkan waktu tidur yang berkualiti.
- Bagi golongan dewasa, anda disarankan untuk tidur selama lapan jam sehari.
- Jangan makan tiga jam sebelum tidur dan sebaiknya elak makan pada waktu tengah malam.
- Paling utama dan perlu ingat. Elakkan penggunaan peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer sebelum tidur!
- Hal ini kerana ia akan mengganggu penghasilan melatonin iaitu bahan kimia utama dalam otak yang membantu kita tidur.
5. Kuatkan semangat, cekalkan hati
- Orang kata nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
- Kita perlu menetapkan fokus dan matlamat dalam diri. Tumpukan pada sasaran agar tidak tersasar dari landasan.
- Tetapkan masa dan jumlah berat yang ingin dikurangkan.
- Jika ada ahli keluarga atau kenalan yang ingin turut serta, ajak mereka bersama kerana secara tidak langsung ia membuatkan kita semakin bersemangat untuk mencapai sasaran.
Semoga berjaya!