Hati-hati ! 7 Tanda Kolesterol Anda Tinggi.
Anda mungkin pernah terdengar tentang kolesterol, tetapi anda mungkin tidak pasti maksud sebenar kolesterol kan? Untuk pengetahuan anda, kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan pada hati, sel-sel badan dan darah anda. Ia memainkan peranan penting untuk kesihatan dan diperlukan oleh tubuh badan anda untuk berfungsi dengan baik.
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi harus berjumpa doktor dengan kadar segera. Pilihan rawatan biasanya bergantung pada tahap kolesterol atau mereka mempunyai risiko lain untuk serangan jantung atau strok. Berikut merupakan antara tanda-tanda kolesterol anda mungkin berada pada tahap yang tinggi:
1. Cepat Penat.
Sering mengantuk walaupun tidak melakukan aktiviti berat boleh menjadi salah satu tanda kolesterol anda tinggi. Ia disebabkan oleh saluran darah tersumbat yang sepatutnya membawa oksigen ke otak. Apabila aliran darah tersumbat, ia akan memberi kesan pada badan seperti mudah mengantuk dan badan cepat letih.
2. Sakit Rahang.
Sakit di bahagian rahang juga boleh menjadi salah satu tanda utama anda mempunyai kolesterol tinggi. Menurut American Heart Association, rasa sakit pada rahang merupakan salah satu gejala serangan jantung yang mungkin berlaku disebabkan paras kolesterol yang tinggi.
3. Sakit Dada.
Apabila paras kolesterol dalam badan meningkat, ia akan menyebabkan pengumpulan lemak dalam arteri. Plak dari lemak kemudian akan menutup saluran darah dan akan menyebabkan rasa sakit di bahagian dada. Individu-individu yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi biasanya cenderung untuk berasa sakit pada bahagian dada.
4. Sakit Leher.
Sakit di bahagian leher boleh terjadi disebabkan oleh banyak faktor seperti kesihatan mental (stres) atau faktor keletihan. Namun begitu, tahukah anda kolesterol tinggi dalam badan juga merupakan salah satu faktor sakit leher? Pengumpulan plak pada saluran darah di leher akan menyekat aliran darah dari leher ke otak sekali gus menyebabkan kesakitan pada bahagian ini.
5. Sakit Kaki.
Sakit kaki juga boleh menjadi tanda kolesterol tinggi dalam badan. Pembentukan plak yang berlaku pada saluran darah di kaki boleh menyebabkan sakit di bahagian kaki.
6. Xanthoma.
Xanthoma boleh berlaku pada individu yang mempunyai paras kolesterol dan trigliserida yang tinggi. Jika anda mendapati terdapat ketulan yang tidak menyebabkan sakit tapi kadangkala menyebabkan gatal, berwarna kuning atau oren, lakukan ujian darah dengan segera untuk mengetahui tahap kolesterol anda. Besar kemungkinan ketulan itu adalah sebahagian daripada simptom kolesterol tinggi yang anda alami.
7. Kaki Selalu Kebas.
Kaki selalu kebas juga merupakan tanda kolesterol tinggi dalam badan. Pengumpulan plak lemak menyebabkan aliran darah ke tisu badan tersumbat. Timbunan plak pada bahagian kaki ini menyebabkan bahagian kaki terasa berat, sakit malah terasa seperti terbakar.
Sekiranya anda menghadapi situasi sebegini, anda disarankan berjumpa doktor untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.