Ikan Salmon Kaya dengan Asid Folik? Ibu Hamil kena tahu ni!
“Ikan salmon pun ada asid folik macam yang dalam tablet tu ke?”
Haa… jangan tak tahu, asid folik bukan je boleh didapati dalam bentuk tablet saja tau. Ia juga boleh didapati dalam makanan juga.
Buat para wanita yang hendak berkahwin, sudah berkahwin, sedang hamil atau yang sedang ikhtiar hamil, pengambilan asid folik ini sangat penting untuk mencegah kecacatan kelahiran, kelahiran pramatang dan banyak lagi masalah kesihatan kelahiran yang lain.
Jom ketahui apa makanan yang terdapat asid folik di dalamnya!
Makanan yang kaya dengan Asid Folik
- Salmon
Salmon adalah salah satu makanan yang paling berfaedah di dunia. Ikan ini kaya dengan khasiat dan boleh membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit. Selain rasanya yang sedap, ikan ini juga mudah didapati serta merupakan sumber asid folik yang tinggi.
Menurut sumber kesihatan, kandungan asid folik tertinggi terdapat dalam salmon dan salmon chinook, mengandungi 35 ug asid folik setiap 100g.
- Pisang
Digelar sebagai buah syurga, pisang juga merupakan buah yang mengandungi kandungan asid folik yang tinggi dan membantu memenuhi keperluan harian ibu. Pisang boleh membekalkan 23.6 mcg folat, atau 6% daripada keperluan harian. Pisang juga kaya dengan nutrien lain, termasuk kalsium dan vitamin B6.
- Ketam
Ketam juga merupakan sejenis makanan laut yang kaya dengan asid folik, menyediakan 37 mikrogram folat untuk setiap hidangan 3-auns. Jika anda menggemari makanan laut, sudah tiba masanya untuk menambah ketam dalam diet anda. Sedap!
- Telur
Menambahkan telur ke dalam diet anda adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengambilan beberapa nutrien penting oleh badan. Selain itu, telur juga merupakan makanan yang mengandungi asid folik dan manfaat lain seperti:
-Protein
-Selenium
-Riboflavin
-Vitamin B12
Selain itu, telur juga tinggi kandungan lutein dan zeaxanthin, dua jenis antioksidan yang membantu mengurangkan risiko masalah penglihatan mata.
- Buah sitrus
Selain sedap dan kaya dengan rasa, buah-buahan seperti oren, belimbing dan limau kaya dengan folat. Hanya sebiji oren besar mengandungi 55 mcg folat, atau kira-kira 14% daripada keperluan harian.
Semoga ibu-ibu hamil di luar sana dapat sesuatu dan dipermudahkan urusan bersalin😍