
Kanser Dan Wanita
Saban tahun gejala kanser di Malaysia menyaksikan jumlah peningkatan yang ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya. Namun begitu kesedaran tentang simptom, punca dan langkah pencegahan kanser di kalangan masyarakat kita masih di tahap rendah dan memerlukan gerak kerja yang lebih efektif selari dengan arus modenisasi.
Risiko mendapat kanser dikalangan wanita terbahagi kepada dua iaitu:
- Faktor Individu; di mana lelaki atau perempuan mempunyai risiko yang sama seperti kanser kolorektum
- Reproductive Organ Related Kanser; payudara, ovari, rahim, uterus
Antara faktor yang menyumbang kepada penyebab kanser dalam kalangan wanita adalah stress. Ini selalunya berlaku tanpa mereka sedari oleh kerana terlalu banyak aktiviti dan perkara yang dilalui dalam kehidupan seharian.
Untuk info lebih lanjut dengarkan kupasan dari Dr Zubaidi Haji Ahmad di dalam video berikut:
Selain faktor stress, pendedahan kepada cahaya matahari, pencemaran asap, bakteria berbahaya, asap rokok dan pola/ corak pemakanan yang salah boleh menyumbang kepada masalah kesihatan dan penyakit seperti kanser, di mana puncanya sering dikaitkan dengan radikal bebas.
Antioksida sangat berperanan dalam mengurangkan, meneutralkan radikal bebas serta melindungi sel badan daripada kerosakan dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit yang berpunca dari keradangan.
Secara alami, badan kita turut menghasilkan antioksida dengan sendirinya, tetapi kebolehan badan untuk menghasilkan antioksida akan berkurangan dengan peningkatan usia . Oleh yang demikian, kita memerlukan antioksida daripada sumber luaran seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan sebagainya. Manakala, bahan antioksida termasuklah polifenol, beta karotena, lutein, likopena (lycopene), selenium, vitamin C dan vitamin E.
Makanan Sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah di mana membekalkan pelbagai khasiat terhadap tubuh badan adalah seperti berikut:
Kurma: Mengandungi Selenium yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan bagi mencegah kanser.
Anggur: Kulit anggur kaya dengan flavanoid yang dapat mencegah risiko strok dan darah tinggi. Biji anggur mengandungi antioksidan oligomeric proanthocyanidin (OPC) yang bermanfaat dalam fungsi anti-penuaan, mengukuhkan kolagen serta mengurangkan tekanan oksidatif akibat radikal bebas yang merosakkan sel sihat.
Madu: Journal of Agricultural & Food Chemistry bertajuk “Honey with high levels of antioxidants can provide protection to healthy human subjects.” menunjukkan madu kaya dengan bahan antioksidan polifenol yang berfungsi menghalang bahan-bahan radikal bebas bertindak ke atas sel-sel badan bertukar kepada kanser.
Jintan Hitam (Habbatussauda): Pelbagai penyelidikan terhadap jintan hitam menemukan kesan positif berkaitan dengan kesannya sebagai bahan anti-radang dan anti-tumor serta meningkatkan sistem imunisasi badan.
Delima: Mendapat gelaran Si Buah Syurga. Buah Delima atau Ar-Rumman dalam Bahasa Arab mengandungi kehebatan sebagai agen anti-radang serta kaya dengan antioksidan polifenol yang mampu melumpuhkan beberapa jenis sel kanser dan memulihkan dinding arteri dari pengerasan akibat plak kolesterol.
Minyak Zaitun: Minyak ini mempunyai lemak mono tak tepu yang mempunyai kelebihan seperti dapat melindungi diri daripada penyakit koronari jantung, menurunkan paras kolesterol darah, mengawal tekanan darah serta melindungi diri daripada kanser melalui komponen fenolik yang bertindak sebagai antioksidan.
Olivie Plus mengandungi 30 kali lebih banyak antioksidan yang dikenali sebagai ‘hydroxytyrosol’ yang turut dikenali sebagai “Superstar Antioxidant” dengan Nilai ORAC 15 kali ganda lebih tinggi berbanding teh hijau dan 3 kali ganda lebih tinggi berbanding CoQ10.
Olivie Power Up, merupakan Gabungan Ekstrak Buah Zaitun mengandungi antioksidan hydroxytyrosol bersama ‘Oleuropein’ yang diperolehi dari Daun Zaitun, menjadikan ianya satu formulasi sempurna padat dengan perlindungan antioksidan yang hebat. 1 sudu teh bersamaan khasiat di dalam 10 liter minyak zaitun extra virgin biasa dan 62kali ganda antioksidan berbanding Olivie Plus.
Pengambilan makanan berkhasiat, dan gaya hidup aafiyat sangat penting untuk kesejahteraan hidup setiap individu. Radikal bebas merupakan hasil sampingan yang sangat reaktif malah memudaratkan serta merosakkan sel dan tisu badan, sehinggakan dianggap sebagai penyebab kanser, penyakit jantung dan lain-lain penyakit. Kerosakan akibat radikal bebas juga boleh terkumpul selari dengan peningkatan usia.
Buntu?
Ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan perlindungan antioksidan dari makanan organik yang semulajadi dan halal?
Dapatkan Formula Makanan Berfungsi yang Organik dan semulajadi Kaya dengan komponen antioksida tanpa Pengawet sejajar dengan kebaikan sunnah DI SINI.