Kerap Kencing dan Perut Berangin di Tanah Suci
Sesiapa yang pernah ada pengalaman ke Tanah Suci, anda mesti tahu betapa jauhnya tandas di dalam masjid dari ruang solat. Paling seksa bila kita perlu tahan diri dari melepas hajat sebab masuknya waktu solat.
Buat bakal-bakal haji, khususnya anda yang sering ke tandas atau mengalami perut berangin yang menyebabkan kerap kentut, anda mesti tercari-cari tips atau amalan yang boleh anda amalkan di Tanah Suci untuk kekal fokus ketika melaksanakan ibadah Haji.
Jom lihat apa amalan serta tips yang boleh anda terapkan ketika berada di Tanah Suci!
- Kurangkan Pengambilan Air Sepanjang Hari
Satu cara mudah untuk anda amalkan adalah kurangkan pengambilan air kosong sepanjang hari ini. Cuaca di sana memang mencabar terutama sekali pada waktu tengah hari. Sebaiknya,kurangkan minum air berdekatan dengan waktu solat serta kawal pengambilan air supaya tidak terlalu banyak sehingga mendatangkan rasa nak buang air ketika beribadat.
- Kurangkan Pengambilan Minuman Berkafein & Manis
Jika anda seorang coffee addict, sebaiknya anda kurangkan pengambilan minuman berkafein dan manis. Ini kerana kedua-dua minuman ini boleh mendatangkan angin dalam badan serta membuatkan anda rasa nak terkencing dengan kerap. Jadi, ingat supaya kawal pengambilan kedua-dua minuman ini ya.
- Elakkan Makanan Yang Berangin
Bukan air sahaja yang boleh menyebabkan badan berangin, makanan juga boleh menyebabkan badan anda berangin tau. Jadi untuk mengelakkan anda rasa kerap terkentut dan boleh kekal fokus dalam beribadah, apa kata elakkan daripada mengambil makanan-makanan yang berangin seperti mee kuning, kacang tanah, makanan berasaskan jagung, makanan bersantan serta cendawan. Selain itu, elakkan juga mengambil sayuran berangin seperti kubis, timun serta tauge.
- Amalkan Doa Ini Selepas Mengambil Wudhu’
Selain daripada mengurangkan pengambilan makanan dan minuman, apa kata kita amalkan doa ini ketika berhijrah. InsyaAllah, urusan ibadah anda dipermudahkan Allah.
بسم الله الر حمن الر حيم
أُعِيْذُهُ بِالْوَاحِدِ الصَّّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّّ ذِيْ حَسَدٍ
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّّةَإِلاَّّبِا للهِ الْعَلِيِّّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya: Aku mohon perlindungan dengan Allah yang Maha Esa daripada kejahatan tiap-tiap sesuatu yang hasad. Dan tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah yang Maha Tinggi Martabatnya dan Maha Agung.
Cara mengamalkannya:
(Menahan Kencing)
- Doa ini dibaca setelah ambil wudhu dan bersiap-siap.
- Berdiri dengan meletakkan kedua-dua belah tapak tangan di perut (di bahagian ari-ari).
- Baca doa sambil tapak tangan disapu ke atas. Ulang 3 kali (doa dan sapu).
(Menahan Kentut)
Letak sebelah tapak tangan di punggung (tulang sulbi/ tongking) ditepuk dan baca doa sekali sahaja.
Mohon doa: Ya Allah, mudah-mudahan wudhu’ ku tidak batal sehingga selesai solat/ ibadah.
Selesai ibadah, baca doa dan disapu pada perut menghala ke bawah pula supaya boleh buang air dan angin.
Semoga urusan ibadah anda di Tanah Suci dipermudahkan Allah SWT. Selamat menunaikan Haji!
Mari amalkan Minyak Habbatus Sauda untuk membantu tingkatkan imuniti badan anda. Dapatkan di sini.