Misi Jantung Sihat: Kaedah Amalan Madu, Minyak Habbatus Sauda & Minyak Zaitun
Penyakit jantung tetap mengungguli kedudukan teratas penyebab utama kematian seluruh dunia sejak 20 tahun kebelakangan ini. Kini, jumlah kematian asbab penyakit jantung ini semakin meningkat lebih daripada 2 juta sejak tahun 2000, menjadi hampir 9 juta pada tahun 2019.
Kajian menunjukkan kemasukan ke hospital bagi pesakit lemah jantung dapat dicegah dengan usaha mengubah corak pemakanan harian dan serta mencukupkan keperluan nutrisi harian dalam pemakanan.
‘Eat Right’
Ya, ini perlu dibetulkan.
Hadkan pengambilan makanan:
?Tinggi garam, gula seperti aneka kicap dan sos.
?Pengambilan daging lembu, kambing kepada 1 kali sebulan
?Makanan tinggi sumber lemak tepu dan lemak trans seperti majerin, aneka kek, roti canai dan lain-lain
Sebaliknya, disarankan konsisten pengambilan makanan daripada dari sumber tumbuhan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman, hasil bunga-bungaan dan bijirin.
Antara saranan lain adalah pengamalan minyak sihat seperti minyak zaitun dan minyak habbatus sauda. Minyak Zaitun diamalkan 1-2 sudu besar seawal pagi sebaik sahaja bangun pagi (penyerapan lebih efisyen dan baik untuk kesihatan usus)
Kemudian ambil Madu 1 sudu teh dicampur dengan beberapa titis Minyak Habbatus Sauda, 5-7 titis pun sudah memadai untuk mengekalkan kecergasan.
“Tapi, boleh ke campur Minyak Habbatus Sauda & Madu?”
Jawapannya ya, boleh!
Kajian melibatkan 70 orang pesakit dispepsia (sakit, tak selesa dibahagian atas perut) menunjukkan menunjukkan kelegaan yang ketara selepas mengamalkan gabungan Madu bersama Minyak Habbatus Sauda dengan nisbah 1:1 (5ml:5ml).
Dispepsia: Rasa sakit, tak selesa dibahagian atas perut, adakalanya menunjukkan simptom penyakit jantung. Biasanya, gejala ini berlaku kerana jantung mengalami kesukaran untuk mengepam darah ke seluruh badan.
Rujukan: Mohtashami, R., Huseini, H. F., Heydari, M., Amini, M., Sadeqhi, Z., Ghaznavi, H., & Mehrzadi, S. (2015). Efficacy and safety of honey based formulation of Nigella sativa seed oil in functional dyspepsia: A double blind randomized controlled clinical trial. Journal of Ethnopharmacology, 175, 147-152. doi:10.1016/j.jep.2015.09.022