Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Apa Patut Kita Buat?
Mulut berbau ketika berpuasa ni dah jadi perkara biasa di bulan Ramadan ni. Tetapi biarpun dah jadi kebiasaan pasti akan membuat diri kita tak selesa dan hilang keyakinan lagi-lagi bila kena berhadapan dengan orang ramai. Nasib baik sekarang wajib memakai pelitup muka, maka kuranglah sikit tahap ‘insecure’ pasal mulut berbau ni!
Tetapi apa punca sebenar mulut berbau ini dan macam mana kita nak mengatasinya?
Bagaimana Mulut Boleh Berbau Semasa Berpuasa?
Hal ini berlaku kerana, semasa kita berpuasa badan akan menggunakan lemak sebagai sumber utama dan lemak ini kebiasaannya akan menghasilkan sebatian yang dipanggil keton. Keton ini pula biasanya mempunyai bau khas yang boleh dihidu melalui nafas kita.
Selain itu, keadaan kering di mulut kita juga turut mengundang kepada masalah ini kerana ketiadaan air liur di dalam mulut yang akan menyebabkan terdapatnya sel-sel mati berkumpul di mulut dan menjadikan mulut kita berbau.
Tapi Macam Mana Nak Selesaikan Masalah Mulut Berbau Ini?
Sentiasa Bersihkan Mulut Secara Menyeluruh.
- Bukan setakat memberus gigi, tetapi jangan lupa untuk membersihkan lidah dan juga floss gigi setiap hari.
- Sentiasa berkumur dengan ubat kumur anti bakteria dan pastikan buat semua ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu selepas sahur dan sebelum tidur malam.
Jangan Merokok Ketika Bersahur
- Pasti ada yang menpunyai tabiat merokok dan terpaksa merokok semasa bersahur supaya lepas gian masa berpuasa nanti kan? Jangan, tembakau juga menjadi punca masalah mulut berbau ni!
Banyakkan Minum Air Putih
- Cuba banyakkan pengambilan air putih terutama pada waktu sahur. Ini bagi membantu, keadaan mulut tidak terlampau kering semasa berpuasa dan juga turut mengelakkan dari masalah dehidrasi kelak.
Kawal Permakanan Anda
- Cuba elakkan dari mengambil makanan yang mempunyai bau menyengat terutama sewaktu sahur.
- Antara contoh makanan bau menyengat seperti durian, petai, kambing dan sambal belacan dan lain-lain. Hal ini kerana, selepas makan makanan akan dicerna dan akan diedarkan melalui darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru yang menjadi punca kepada bau mulut yang busuk.
Ramadan dah menjadi satu bulan yang ditunggu-tunggu untuk kita semua para umat Islam bagi beribadat kepada Allah SWT, banyak manfaat dari segi kesihatan yang kita ketahui semasa berpuasa ini. Isu mulut berbau ini juga turut menjadi isu biasa yang dihadapi oleh kita yang menjalani ibadah puasa ini, tetapi seharusnya kita lebih bijak mengawal supaya tidak menganggu keyakinan diri sendiri malah orang lain. Semoga ibadah Ramadan kita diberkati Allah SWT. Salam Ramadan!
Sumber : Hello Doctor