Pedih Perut Dan Muntah Selepas Berbuka, Apa Nasihat Doktor?
Petikan dari ruangan Doktor Menjawab
Soalan dari seorang ibu yang sering mengalami pedih perut dan muntah selepas berbuka puasa kerana asid berlebihan walaupun telah diberikan ubat gastrik. “Apa suplemen yang dapat membantu?”
Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.
Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.
Bagi sesetengah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.
Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa. Acid reflux berlaku apabila otot yang menjadi injap antara saluran pemakanan esofagus dan perut (dikenali lower esophageal spinchter) tidak berfungsi dengan baik, sehingga asid perut bergerak ke atas melalui esofagus untuk ke mulut.
Ini boleh menyebabkan gejala-gejala seperti sakit pada dada bawah sehingga dipanggil “pedih ulu hati”. Selain itu mungkin mengalami masalah muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sendawa dan sedu.
Jika gejala refluks asid berlaku lebih daripada dua kkali seminggu, berkemungkinan individu itu mengalami penyakit “reflux gastroesophageal (GERD)”.
Ubat yang diberikan doctor boleh diteruskan. Saya cuma mencadangkan agar mengamalkan sesudu madu sekali atau dua kali sehari selepas bersahur dan berbuka dapat mengurangkan masalah ini yang biasa berlaku pada orang yang berpuasa.
Ia sangat berkesan untuk melindungi permukaan dinding dalam perut dari asid yang pekat.
Wallahu a’lam
Sumber www.drzubaidi.com