Penawar Batuk Di Tanah Suci. Jom Ketahui Tipsnya!
Batuk adalah antara penyakit yang sering dihadapi oleh jemaah Haji mahupun Umrah ketika di Tanah Suci. Ini berkemungkinan disebabkan perubahan cuaca serta tahap ketahanan badan yang rendah telah menyebabkan terjadinya batuk dalam badan kita.
Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak selesa, malah ia juga mengganggu fokus kita untuk beribadah dengan khusyuk. Jadi, apa solusi yang boleh dijadikan penawar kepada batuk ni? Jom ikuti tips-tips mudah seperti di bawah!
- Jangan Paksa Diri & Dapatkan Rehat yang Secukupnya
Pengalaman mengerjakan Haji memang perkara utama tujuan kita ke Tanah Suci. Namun, jika sakit datang tanpa diduga, siapa kita nak menghalangnya. Sebaiknya, anggaplah ia sebagai satu dugaan.
Tips penting untuk anda yang batuk berlarutan, sebaiknya jangan paksa diri dan dapatkan rehat yang secukupnya agar tidak memudaratkan badan anda. Bila badan anda cukup rehat dan terasa lebih sihat dan segar, baru lah semangat dan fokus beribadah.
- Makan Nanas, Buah Zaitun & Sayur-sayuran
Kalau anda nak tahu apa rahsia tidak batuk dan kekal sihat, jawapannya adalah makan Nanas, Buah Zaitun serta sayur-sayuran. Mesti pelik kan? Kalau anda nak tahu, Nanas merupakan buah yang kaya dengan vitamin C serta mengandungi mangan yang penting untuk pertahanan antioksidan.
Selain mengambil Nanas dalam pemakanan, anda juga boleh amalkan buah Zaitun muda yang berwarna hijau dan merah gelap. Selain itu, amalkan juga pengambilan sayur-sayuran yang baik untuk kesihatan dan ketahanan badan anda.
- Minum Air Panas Bersama Perahan Lemon
Untuk melegakan batuk dan ketidakselesaan tekak, anda boleh juga amalkan air panas bersama perahan Lemon. Minuman ini mampu membantu membersihkan racun serta membersihkan saluran pencernaan anda. Ia juga berfungsi sebagai alat detox kerana madu memiliki fungsi antibakteria.
- Jangan Ambil Minuman Bersusu
Minuman bersusu sememangnya menjadi pilihan ramai untuk memulakan hari. Namun, jika anda sedang batuk, elakkan atau kurangkan pengambilan minuman bersusu kerana ia akan menggalakkan kahak di tekak anda.
- Amalkan Pengambilan Asam Jawa
Pengambilan Asam Jawa dalam minuman atau secara mentah boleh melegakan batuk dan tekak anda. Jika anda gemarkan rasa masam, anda boleh saja kemam dan makan begitu saja. Anda boleh juga masukkan ke dalam air kosong, pecah-pecahkan isi dan biarkan ia sebati di dalam air kosong. Kemudian, anda boleh nikmati.InsyaAllah, batuk dan sakit tekak anda berkurangan dan boleh hilang.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!🙂