Pesakit Gout Perlu Elak 4 Jenis Makanan Ini!
Amboi, seronok betul beraya ya? Dalam tengah-tengah seronok ber-open house, korang kena juga jaga pemakanan ya! Terutamanya yang ada penyakit gout, sebaik-baiknya elakkan 4 jenis makanan ini!
Daging Merah.
Daging merah memang antara pencetus gout lagi-lagi kambing. Korang yang ada sakit gout ni perlu elakkan sebab kambing ni ada kandungan purin yang tinggi ya. Ianya boleh menyebabkan gout kerana purin akan bertukar kepada asid laurik yang menjadi ‘trigger’ kepada penyakit tersebut.
Makanan Laut.
Aduh, sedih betul siapa yang ‘seafood lovers’ atau pecinta makanan laut tapi ada sakit gout ni. Nak buat macam mana kan? Kenalah berpantang larang demi kesihatan tubuh badan tercinta ini. Kita nak pakai badan lama, bukan sekejap-sekejap, nak tak nak, kenalah jaga pemakanan ya, korang? Ada beberapa jenis makanan laut yang sebaik-baiknya dielakkanlah:
- Mackerel Tin
- Tuna Tin
- Ikan Bilis
- Udang
- Sotong
- Kerang dan lain lain
Organ Dalaman.
Iya, memang ada sesetengah orang makan organ dalaman. Korang jangan terkejut pula! Kalau tak, takkanlah ada dijual organ dalaman diluar sana kan? Tapi organ dalaman ini juga adalah salah satu ‘trigger’ kepada penyakit gout, contohnya seperti hati, buah pinggang, limpa dan jantung.
Kekacang.
Kekacang seperti kacang soya, termasuk tau fu fa, kacang dal, kacang putih dan dal juga perlu dielakkan jika tidak mahu gout anda di’trigger’. Selalunya kekacang ni jadi kudap-kudapan untuk perjalanan jauh dalam kereta. Jadi, sesiapa yang ada gout ni, bolehlah gantikan kudap-kudapan kekacang ini kepada kudap-kudapan yang lain. Roti ke, buah-buahan ke?
Walau bagaimana pun, pengambilan makanan perlulah dalam keadaan yang sederhana. Tidak berlebihan atau pun berkurangan.
Untuk artikel-artikel lain yang berkaitan dengan tips kesihatan, kerohanian dan juga topik-topik menarik yang lain, anda boleh layari laman web https://aafiyatcommunity.com/.