Pesanan untuk mereka yang berumur 20-an
1. Jangan habiskan masa dengan orang yang negatif
Anda menjadi siapa yang anda habiskan masa bersamanya. Anak muda mudah menerima apa yang orang lain fikir dan cuba mencari pengiktirafan dari suara lantang yang selalunya sinis dan merosakkan.
Perhatikan siapa yang mendengar lebih daripada mereka bercakap, kenalpasti siapa yang baik hati dan siapa yang sebenarnya “hantu”.
2. Berbuat baik kepada orang yang peduli kepada anda
Ini adalah common sense, tetapi ramai anak muda tidak sedar bagaimana mereka melayan orang yang mereka sayangi. Wahai anak muda, bila kali terakhir anda:
- Mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa sendiri?
- Mengejutkan mereka dengan hadiah?
- Membawa mereka makan malam?
- Mendengar kata-kata mereka dengan ikhlas?
3. Membaca
Input anda memacu output anda. Neuroplasticity ialah otak anda mengubah siapa anda, bagaimana anda berfikir dan berkelakuan berdasarkan apa yang ia pelajari. Jadi pilih apa untuk dipelajari. Belajar sepanjang masa. Walaupun kata membaca, tetapi pelbagai cara sekarang ini seperti mendengar podcast, ceramah yang penting sentiasa belajar. Percayalah, ini akan mengubah anda.
4. Menyedari anda adalah pekerjaan anda
Jika seseorang bertanya kepada anda, “Apa yang anda buat?” anda tidak akan berkata:
“Saya bernafas, makan, dan saya juga tidur berdengkur”. Tidak, anda akan berkata “Saya bekerja di X”, atau “Kemahiran saya adalah X”. Bina pekerjaan yang sesuai dengan identiti anda, atau dapatkan pekerjaan dengan identiti anda di dalamnya.
5. Bersikap baik kepada diri sendiri
Maaf dikatakan, biasanya ayat ini datang dari orang malas. Mereka akan memberitahu anda untuk tidak bekerja keras, untuk berehat walau tidak berbuat.