
5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!
Makanan merupakan antara aspek yang terpenting sekali dalam kehidupan manusia. Apabila berbicara tentang makanan diet seimbang, ia haruslah mengandungi nutrien yang lengkap supaya tubuh badan dapat berfungsi dengan normal.
Akan tetapi, benarkah kebaikan makan secara seimbang dapat menurunkan berat badan? Apakah manfaat diet seimbang untuk tubuh badan kita?
Berikut ialah beberapa kepentingan makanan diet seimbang dan manfaatnya yang anda harus ketahui.
Memahami kepentingan makanan diet seimbang
Mungkin ramai individu sudah tahu tentang kepentingan makanan diet seimbang namun masih keliru dengan definisi diet seimbang yang sebenarnya.
Untuk makluman anda, makanan diet seimbang adalah diet yang mengandungi pelbagai jenis kumpulan makanan yang akan dapat membekalkan tubuh badan dengan nutrien diperlukan badan.
Ini bertujuan agar tubuh badan seseorang manusia mendapat tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk bekerja, bergerak dan berfungsi dengan kemampuan yang maksimum.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa makan secara sihat boleh mengurangkan risiko penyakit seperti:
- Penyakit jantung
- Strok
- Diabetes jenis 2
- Penyakit kanser
Apa kebaikan makan secara seimbang untuk tubuh badan?
Terdapat beberapa faedah atau kepentingan makanan diet seimbang untuk tubuh manusia.
Bagi memudahkan anda memahaminya dengan baik, kami senaraikan lima manfaat utama amalan makan secara seimbang seperti yang berikut:
#1. Pemakanan yang sihat dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
Pengambilan diet yang tidak seimbang sebenarnya akan menjejaskan kesihatan fizikal dan mental manakala amalan pemakanan yang sihat membolehkan setiap individu menjadi lebih aktif.
Kajian telah menunjukkan bahawa dua pertiga individu yang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari dilaporkan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan mental.
#2. Makanan diet seimbang boleh membantu anda mengekalkan berat badan yang ideal
Diet yang seimbang sememangnya boleh mempengaruhi berat badan anda.
Misalnya, pengambilan diet berkhasiat yang dipenuhi dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, tenusu dan protein akan membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
#3. Meningkatkan mood, antara kepentingan makanan diet seimbang
Ramai yang tidak tahu bahawa pemakanan juga boleh mempengaruhi mood atau emosi seseorang individu.
Mereka menyangka bahawa pengambilan makanan dan minuman yang manis dapat meningkatkan emosi mereka apabila sedang mengalami stres.
Namun, sebenarnya pengambilan gula dan makanan yang diproses boleh menyebabkan simptom kebimbangan dan kemurungan.
#4. Makanan diet seimbang dapat menyokong sistem pertahanan tubuh badan
Kajian telah menunjukkan bahawa contoh makanan diet seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membekalkan nutrien seperti beta-karotena, vitamin C dan vitamin E yang boleh meningkatkan fungsi imun.
Pengambilan banyak sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berasaskan tumbuhan lain yang kaya dengan antioksidan, dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam tubuh badan anda.
#5. Melambatkan kesan penuaan
Untuk makluman anda, makanan seperti tomato, buah beri, avokado, kacang dan ikan semuanya mengandungi vitamin dan mineral tertentu yang baik dan bagus untuk kulit anda.
Misalnya, tomato mengandungi vitamin C, yang membantu membina kolagen, seterusnya menjadikan kulit anda kelihatan lebih anjal, sihat dan melambatkan penuaan pramatang.
Manakala, buah beri juga penuh dengan antioksidan dan vitamin yang menggalakkan pertumbuhan semula sel baru untuk kulit.
Kesimpulannya, panduan makanan diet seimbang di atas serta pengambilan susu yang tinggi dengan kalsium ini sudah tentu dapat membantu membekalkan tenaga dan nutrien yang secukupnya untuk anda bekerja, bergerak dan berfungsi dengan kemampuan yang maksimum.
Malah, amalan makan secara seimbang atau makan secara sihat juga boleh mengurangkan risiko penyakit seperti penyakit jantung, strok, diabetes jenis 2 dan beberapa jenis penyakit kanser yang lain.
Kredit: Anlene