Sistem Autopilot dalam Bisnes
Masa anda muda dulu mungkin anda dah kuat berkerja untuk mengumpul aset-aset yang anda ada sekarang. Sekarang masanya sepatutnya aset-aset itu berkerja 24 jam untuk anda pula. Aset yang anda ada bukan setakat harta tetapi staf, networking, ilmu, pengalaman dan peniagaan banyak lagi yang boleh menjana pendapatan.
– Kalau anda masih sibuk dalam menguruskan bisnes anda, menguruskan staf anda, menguruskan cawangan-cawangan yang anda ada, anda masih belum masuk level entrepreneur.
– Anda mungkin masih seorang yang masih berkerja. Anda lakukan bisnes secara sambilan. Anda masih belum menjadi seorang entrepreneur.
– Anda masih bangun 5 pagi. Anda dan isteri ke pasar untuk membeli sayur bagi berniaga di kedai anda sendiri. Anda masih berkerja dalam bisnes anda sendiri. Anda masih bukan seorang entrepreneur.
Semua keadaan di atas pernah saya rasai dan lalui. Ianya adalah tangga menjadi seorang entrepreneur atau usahawan sebenar. Seorang usahawan sebenar mereka membangunkan bisnes mereka.
Mereka ada masa yang banyak untuk membangunkan bisnes mereka. Bisnes-bisnes mereka diuruskan oleh staf-staf mereka yang dipercayai. Kerja usahawan melatih staf. Usahawan sebenar akan membuatkan kehadiran mereka tidak begitu penting dalam bisnes tersebut. Kalau mereka tak ada pun bisnes sentiasa boleh berjalan.
Hidup berpencen dengan tenang.
Jangan kelam kabut. Kalau anda berkerja teruskan berkerja. Kalau anda sedang berniaga teruskan berniaga. Apa yang anda harus lakukan adalah menukar cara berfikir bagaimana autopilot sistem boleh menjana pendapatan setiap saat dan memberi keuntungan kepada anda sehingga anda tidak perlu berkerja untuk aset dan aset itu semua seharusnya berkerja untuk anda.
Kredit: Coach Bahar