Tanyalah Doktor: Tidak Haid Selama 4 tahun?
Soalan :
Saya mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur hampir 4 tahun lamanya. Saya telah mula datang haid pada umur 12 tahun tetapi haid saya terakhir ialah pada umur 14 tahun. Ketika ini saya berumur 18 tahun. Apakah punca dan tindakan yang saya patut buat?
Dr. Zubaidi
Family Doctor
Jawapan:
Masalah kitaran haid di kalangan remaja adalah suatu yang normal. Ini kerana perubahan hormon dari fasa kanak-kanak ke fasa remaja. Selalunya ia akan berakhir apabila memasuki fasa dewasa. Namun ada beberapa perkara yang mempengaruhi kitaran haid ini, selain dari faktor umur. Antaranya adalah berat badan, aktiviti fizikal, kecelaruan emosi, tidak minum air secukupnya dan tidur yang tidak menentu.
Jika saudari mengalami obesiti atau berlebihan berat badan, kurangkan berat badan sebanyak 10% dari berat asal. Jika terlalu kurus (BMI kurang 20), tambahkan sedikit berat badan kerana seorang wanita memerlukan lemak untuk berfungsi lebih baik dari segi fisiologinya. Begitu juga dengan aktiviti fizikal. Banyak kajian menunjukkan wanita yang terlalu aktif (terutamanya atlet) dan wanita yang tidak aktif langsung, mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.
Saya tidak mencadangkan saudari mengambil sebarang ubat hormon kerana ia mungkin akan menyebabkan kitaran haid menjadi lebih tidak menentu. Umur sebegini seharusnya mengelakkan sebarang pil berbentuk hormon.
Buatlah pemeriksaan lanjut jika saudari semakin meningkat dewasa dan masih mengalami masalah ini. Umur yang terbaik antara 20-21 tahun.
Amalkan pemakanan yang bernutrisi. Antaranya , dan minyak habatus sauda atau dikenali sebagai Dalam beberapa kajian, ia membantu menstabilkan hormon terutama di kalangan remaja.