‘Zombi’ Alaf Baru Mencengkam Dunia!
Situasi yang melanda dunia sejak akhir-akhir ini bagaikan perihal ‘zombi’ yang mencemaskan. Bukan hanya tanpa kepala, namun ianya tidak kelihatan fizikalnya. Huru-hara dunia dibuatnya!
Wabak Covid-19 yang telah melanda dan menghantui dunia sejak akhir tahun 2019 yang lalu sehingga ke hari ini bagaikan tiada noktahnya. Kemunculannya memberi impak yang sangat dahsyat dan membimbangkan kerana menjejaskan sistem pernafasan.
Biarpun sebelum ini dunia digemparkan dengan kehadiran wabak-wabak yang menggerunkan warga bumi seperti wabak maut hitam (Black Death), Selsema Sepanyol (Spanish Flu), dan Justinian yang melibatkan banyak jiwa terkorban.
Kewujudan ‘zombi’ seperti Covid-19 sehingga ke hari ini telah meragut hampir 3 juta nyawa. Namun, kemunculan vaksin melegakan sedikit kegusaran penghuni dunia.
Antara ikhtiar kita adalah dengan meningkatkan keberkesanan sistem imuniti tubuh. Jika sistem imuniti tubuh mantap, insya-Allah tubuh badan kita akan lebih bersedia berhadapan virus yang berlegar-legar dalam ekosistem kita.
Apakah sebenarnya sistem imuniti tubuh?
Sistem ini terdiri daripada jaringan sel darah putih yang berfungsi sebagai ‘warriors’ kita. Jika ‘warriors’ tidak dibantu, ia akan melemah dan mengaku kalah.
Jadi, kita perlu menghadirkan bantuan dan sokongan kepada tubuh badan supaya mampu berhadapan bahaya yang mendatang. Bantuan berupa kepelbagaian Nutrien penting yang menyokong fungsi ‘warriors’ sedia ada ini akan membantu dan memudahkan tugas sel darah putih supaya bertindak lebih cergas dan efisyen.
Bagaimana nak dapatkan ‘bantuan’ ini?
Oleh kerana tentangan wabak dan virus dunia masa kini yang semakin sukar dibendung, Olive House telah mengambil peluang mengeluarkan satu produk kesihatan sebagai inisiatif bantuan kepada sistem imuniti tubuh, iaitu Habbatus Sauda.
Daripada Aisyah r.a, Nabi (SAW) bersabda :
“Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah kesembuhan (ubat) dari setiap penyakit kecuali as-Sam”. Aku (Aisyah) bertanya: Apa itu as-Sam? Rasulullah menjawab: “Kematian”
[HR Bukhari]
Secara umumnya, Habbatus sauda kaya dengan khasiat dan nutirisi seperti vitamin E, vitamin A, kalsium, zat besi dan banyak lagi yang berperanan untuk kesihatan tubuh badan.. Sebagai tambahan juga, kehadiran bahan kebaikan semulajadi seperti ‘thymoquinone’ (TQ) berfungsi sebagai anti-tumor dan anti-keradangan.
Selain itu, minyak yang diekstrak terus daripada bijian Habbatus Sauda melalui proses perahan sejuk (Cold-pressed process) tanpa pemanasan bertujuan untuk menjaga tahap kualiti minyak tahap maksimum.
Di samping bermutu tinggi, Habbatus Sauda juga mampu bantu membekalkan tenaga. Makanan tambahan ini mampu bekalkan ‘bantuan’ kepada sistem imuniti tubuh dan bantu merendahkan tekanan darah.
Jangan risau… Produk kami telah mendapat kelulusan MeSTI dan GMP.
Nutrisi yang terkandung di dalamnya semestinya tidak boleh dinafikan dapat bantu menyokong fungsi sistem imuniti tubuh badan.
Diimport terus dari Turki dengan limpahan nutrisi yang terdapat pada setiap titisan menjanjikan suatu keunikan berbanding dengan amalan makanan kesihatan yang lain.