
Tempat Menarik untuk Solo Travelling yang Murah!
Pernah tak banyak kali buat rancangan untuk ‘travel’ tapi tak jadi sebab tunggu orang? Masa tak sesuai ataupun tiba-tiba ‘last minute’ batalkan perancangan tanpa alasan yang kukuh? Lagi-lagi untuk pergi ‘travelling’?
Jangan risau, ini ada beberapa tempat yang menarik dan murah untuk anda yang berminat untuk ‘solo travelling’!

Thailand:
Negara ini terkenal sebagai destinasi yang murah. Anda boleh melawat Bangkok, Chiang Mai, Phuket dan pulau-pulau seperti Koh Phangan dan Koh Tao menawarkan penginapan yang murah, makanan lazat dan juga ‘island hopping’ di mana anda boleh ‘snorkelling’

Vietnam:
Bandar-bandar seperti Hanoi dan Ho Chi Minh City menawarkan pengalaman budaya yang kaya. Tempat penginapan juga murah disana. Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan seperti Halong Bay atau Sapa.

Indonesia:
Indonesia memang terkenal dengan keindahan pulau Bali tapi jangan lupa dengan destinasi-destinasi lain yang menarik seperti Bandung, Lombok atau Pulau Gili. Anda boleh menikmati penginapan yang selesa, makanan yang lazat dan juga beraktiviti tanpa memerlukan pembelanjaan yang banyak.

Kemboja:
Anda boleh melawati Angkor Wat yang terkenal dan Phnom Penh atau pun pulau-pulau seperti Koh Rong dengan hanya bajet yang minima. Bahkan tempat penginapan, makanan dan juga pengangkutan di sini adalah murah.
Jadi anda tunggu apa lagi? Sekarang adalah masa yang tepat untuk memulakan ‘solo travelling’ anda. Tiada alasan untuk anda menunda keinginan anda untuk menjelajahi negara-negara lain yang mempunyai pelbagai jenis tarikan daripada keindahan alam dan keunikan budaya.